Rabu, Disember 28, 2011

Bacaan Tahun 2011

2011 Reading Challenge

2011 Reading Challenge
Nisah has completed her goal of reading 50 books in 2011!
hide

Nisah's bookshelf: read

The 100 Best Poems of All Time
Penyeberang Sempadan
Novel Destinations: Literary Landmarks From Jane Austen's Bath to Ernest Hemingway's Key West
Terminus A Quo
Leaving Microsoft to Change the World
Ella Enchanted
Bulan di Atas Champs-Elysees
Bumi Lestari
A Writer's Notebook
Huyan dan Mimpy
The Borrower
Masitah
The Quotable Book Lover
Hikayat Parang Puting
Writing Picture Books: A Hands-On Guide from Story Creation to Publication
Fantastic Mr. Fox
Mentari Mediterranean
Esio Trot
Sebelas Patriot
The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society


Lihat semua buku kegemaran Nisah Haron di Goodreads »







Bagi tahun 2011, Goodreads.com menyediakan ruangan untuk mencabar diri untuk membaca sebanyak mungkin. Dengan jumlah sasaran yang sesuai bagi setiap individu, letaklah satu jumlah buku yang dijangka boleh ditamatkan sepanjang tahun 2011.

Saya meletakkan angka 50 sebagai jumlah yang munasabah kerana tahun 2011 saya banyak aktiviti dan juga kembara. Seorang penulis harus ada banyak input untuk membolehkan dia terus menghasilkan output yang bermutu. Kata orang, "garbage in - garbage out" ertinya, kalau kita membaca bacaan picisan, hasilnya kita akan menulis hal-hal yang picisan juga.

Oleh itu, saya sering mengawal apa yang saya baca. Hal ini sama seperti kita mengawal apa yang kita makan kerana apa yang dimakan akan menjadi darah dan daging. Apa yang kita baca membentuk apa yang ada di dalam akal dan apa yang bakal kita fikirkan. Penulis tidak mampu menipu dalam ideologi, pegangan, prinsip atau pendirian.

Penulis boleh menipu penampilannya tetapi dia tidak mungkin menipu apa yang ada di dalam fikirannya. Apa yang ada dalam fikirannya itulah yang akan ditulis dalam karyanya. Kawal apa yang dibaca, apa yang difikir - pendek kata, kawal diri dan betulkan diri, insya-Allah, semua yang baik-baik itu kelak akan terhasil di dalam karya.

 Tujuan entri ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kerana setakat 50 buah buku ini apalah sangat ertinya kepada orang lain yang mungkin mampu membaca lebih banyak daripada itu. Ada yang membaca 150 buah buku setahun. Saya sendiri kalah dengan anakanda yang juga menyertai cabaran ini. Dia telah membaca 115 buah buku mengatasi sasarannya sebanyak 100 buah.

Sayangnya, guru sekolah pasti tidak ambil kira hal ini kerana Goodreads tidak termasuk di dalam program NILAM. Itu tidak menjadi hal. Yang penting bukanlah kuantiti yang dibaca tetapi proses pembacaan itu sendiri yang akan mematangkan dirinya dan diri sesiapa sahaja yang membaca. Saya fikir, saya boleh berbangga dengan usianya yang masih belum tamat sekolah rendah, si sulung ini sudah khatam Al-Quran dan mampu membaca buku-buku yang saya sentuh hanya ketika saya berada di sekolah menengah.

Saya galakkan semua anak saya membaca kerana itu akan segera mematangkan akal. Menonton televisyen juga saya kawal rancangannya, hanya yang terpilih. Maaf, drama Melayu dan rancangan hiburan berselera rendah tidak termasuk dalam kategori rancangan yang wajar ditonton.

Setiap keluarga ada kaedah tersendiri untuk membina pendirian dan prinsip ini.
Ini cara kami.

Semoga tahun 2012 memberikan lebih banyak ruang untuk membaca lebih banyak bahan bacaan yang lebih mencabar buat kami sekeluarga.

10 ulasan:

Nuruddin Azri berkata...

Wah, menakjubkan!

Teruskan mentarbiyah anak-anak puan ke arah yang terbaik.Kita mahukan generasi Islam yang sangat berkualiti pada masa depan.Berguna untuk semua terutamanya agama itu sendiri.

Saya minat membaca tetapi saya sendiri gagal untuk mencapai tahap yang banyak dalam pembacaan.Kadangkala gagal untuk mendapat manfaat daripada buku yang saya baca kerana sibuk mengejar masa.Adakalanya tertinggal hikmah yang terlindung di sebalik apa yang saya baca kerana saya gagal memikirkan apa yang cuba disampaikan penulis.

Saya nak mintak dua tips ataupun pendapat daripada penulis.Harap tak keberatan untuk berkongsi.

1. Bagaimanakah pembacaan yang berkualiti?Apakah kaedah terbaik untuk mendapat seinfiniti ibrah dan hikmah yang terkandung dalam sesebuah penulisan tidak kira berbentuk novel, majalah, artikel dan sebagainya?

2. Saya baru sahaja berminat dan berjinak-jinak dengan buku Bahasa Inggeris pada usia yang agak senja iaitu sekarang(18 tahun).Selama ini saya agak terikat dan terdoktrin dengan virus 'exam oriented'.Jadi, bagaimanakah cara terbaik untuk memantapkan lagi Bahasa Inggeris saya ataupun lebih kurang untuk memupuk minat terhadap pembacaan karya-karya Inggeris yang mana saya mudah untuk 'faham' apa yang cuba disampaikan?

P/S : Saya baru sedar Bahasa Inggeris itu tersangat penting.Penting sekali untuk dakwah kepada bukan Islam...=)

Zaid Akhtar berkata...

Salam, puan.

Lama tidak mencelah di sini. Hanya 1 perkataan yang dapat saya ungkapkan:

WOW!

:-)

Mohamad Rizal berkata...

MasyaAllah entri ini sebenarnya memberi motivasi yang sangat kuat kepada saya untuk lebih kuat membaca. Mula-mula dulu bila ada software "cabaran ini" saya juga cuba mencubanya tapi tidak sehebat Kak Nisah tahun ni saya hanya mampu membaca 20 buah buku sahaja ...Kak teruskan menulis sesuatu yang boleh membawa atau memberi semangat kepada orang lain khusunya kepada diri saya ni hahahah..

Nisah Haji Haron berkata...

Sdr Nuruddin Azri,

1. Setiap pembaca haruslah berasa seronok dengan bahan yang dibaca. Itu perkara asas - enjoy what you read. Jika kita tidak suka dengan apa yang kita baca, pasti laluan yang berikutnya menjadi lebih sukar. Sebelum kita mencari pemikiran, ibrah dan sebagainya, kita mesti suka dulu dengan apa yang kita baca.

2. Demikian juga apa-apa bahasa yang kita pilih untuk membaca. Sdr harus mulakan membaca bahan Bahasa Inggeris mengikut topik dan minat. Katakan sdr minat sukan, mulakan dengan membaca akhbar/artikel majalah yang memperkatakan tentang sukan. Kesukaan sdr terhadap sesuatu topik itu akan menyebabkan tidak melihat perkataan / ayat yang sukar itu sebagai halangan, sebaliknya suatu cabaran yang wajar dihadapi.

p/s : saya sangat setuju bahawa seorang pendakwah harus mahir dalam sebanyak-banyak bahasa kerana pendakwah haruslah ada hikmah dan fathonah (kebijaksanaan) terhadap kumpulan yang disasarkan.

Nisah Haji Haron berkata...

Ustaz Zaid,

Wow! Tentu sahaja calon PhD mampu membaca lebih banyak daripada ini. :-)

Nisah Haji Haron berkata...

Sdr Mohamad Rizal,

Segalanya istiqamah. Goodreads sering menghantar e-mel memberitahu bahawa buku yang saya letak dalam 'currently-reading' sudah dimulakan sejak sekian-sekian tarikh. Saya jadi malu kepada diri sendiri jika buku itu tidak dapat saya habiskan. Sesekali terasa segan juga dengan sahabat-sahabat Goodreads yang sangat laju membaca.

20 juga suatu angka yang baik. Usah tinggi sangat angka sasaran - biarlah berpatutan. Mungkin tahun depan sasarkan 30 pula. Apa salahnya 20 jika 20 buah buku itu semuanya buku ilmiah dan tidak satu pun fiksyen. Itu lebih sukar dihabiskan.

Ada juga yang berjaya menghabiskan antara 80 - 100 buah buku tetapi semuanya karya pop!

aras nura berkata...

Saya juga sedang membaca karya-karya Roald Dahl. Tertinggal dalam marathon pembacaan di usia yang lebih muda dahulu.

Puan, membaca begitu mengasyikkan bukan! :-D Sungguh teruja dengan post ini!

Nisah Haji Haron berkata...

Sdr aras nura, saya juga tidak pernah mendengar nama Roald Dahl sewaktu saya kanak-kanak hingga remaja. Setelah dewasa baru tahu tentang Matilda dan buku-bukunya yang lain. Saya belikan untuk anak-anak, sesekali saya tumpang baca.

Ini kekurangan jika kedai buku tidak menawarkan buku-buku sebaik ini dalam kedai buku di pekan kecil seperti Seremban dahulu.

Omecool20 berkata...

Tahniah atas pencapaian tuan :) Ini memberi inspirasi kepada saya untuk menghabiskan buku - buku saya yang belum dibaca lagi ;-). And I do have a lot of them :)

Nisah Haji Haron berkata...

Omecool20,
Terus membaca, tak kiralah berapa pun bilangannya!

Related Posts with Thumbnails