Berikut sedikit sedutannya :
Nyonya Tan: Terima kasih, Ani. Terima kasih, Encik Muzaffar. Kalau tidak, tak tahu apa jadi pada suami saya.
Muzaffar: Lupakan saja, nyonya. Yang penting, kita cepat sampai. Sebenarnya, saya pula yang rasa bersalah dalam hal ini.
Ani : Ya lah, nyonya. Saya tak sangka pula Tauke Tan bersungguh-sungguh pula mahu carikan buluh lemang tu. Sampai jatuh-jatuh dan luka-luka pula.
Tauke Tan: Tak jadi hal. Luka sikit saja. Tak perasan ada tanah licin.
Muzaffar : Lain kali, ajaklah saya, tauke. Boleh juga saya temankan. Kalau ada apa-apa hal begini, tidaklah tauke seorang diri luka. Mujur juga lukanya kecil. Kecil-kecil pun sembilu buluh ni boleh tahan bisanya.
Tauke Tan: Ya, saya tahu. Sembilu buluh ini memang sangat bisa. Nasib baik telefon ada dalam poket saya. Kalau tidak susah juga mahu cari orang.
Muzaffar : Mana tauke tahu di situ ada buluh lemang?
Tauke Tan : Saya memang tahu. Tapi, orang sini tak ramai yang pandai buat lemang. Jadi, buluh di situ tak ada orang yang ambil.
Muzaffar : Saya tak sangka tauke kenal yang mana satu buluh lemang, ya.
Ani : Abang ni, kan tauke ni tauke tapak semaian. Mestilah dia kenal jenis-jenis buluh. Tak begitu, tauke?
Tauke Tan: (ketawa) Itu kerja saya. Saya mesti tahu. Kalau orang mahu cari anak buluh, saya mesti tahu yang mana satu buluh lemang, buluh biasa, buluh madu.
Ani : (memotong) Buluh perindu pun tauke mesti tahu
K.B. SEMUA KETAWA.
Muzaffar: Tauke susah payah carikan buluh untuk kami, jadi tauke dan nyonya saya mesti saman!
Ani : Abang ni, apa pula saman menyaman? Ini semua salah kita juga.
Muzaffar : (ketawa) Nanti dulu. Saya tak habis ayat lagi.
Ani : Saman apa pula ni, bang?
Muzaffar : Saman untuk datang ke rumah terbuka kami. Nyonya Tan dan Tauke Tan jadi VIP kami. Datang ya, kami buat rumah terbuka pada cuti hari kemerdekaan ni.
* * *
Frekuensi Negeri FM di Negeri Sembilan dan kawasan berhampiran : 92.6 MHz
Melaka : 107.7Mhz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan