Pesta Persukuan Adat Perpatih 2004
PESTA PERSUKUAN ADAT PERPATIH 2004:
BUKTI HARMONI ADAT DAN PERMODENAN
Oleh : Nisah Haji Haron
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah berkenan berangkat mencemar duli untuk merasmikan Pesta Persukuan Adat Perpatih pada tahun ini.
Pesta ini akan diadakan di Muzium Diraja Istana Lama, Seni Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Pesta selama dua hari itu bermula pada 12 Jun 2004 dan berakhir pada 13 Jun 2004.
Pesta Persukuan Adat Perpatih merupakan acara tahunan yang termasuk di dalam kalendar pelancongan di Negeri Sembilan.
Tema pesta pada tahun ini ialah Adat Semenda Menyemenda (Perkahwinan) dalam Sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan. Ia dianjurkan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN).
Pesta ini diadakan antara lain bertujuan, menepis persepsi-persepsi negatif sesetengah pihak yang tidak memahami institusi adat dalam masyarakat Negeri Sembilan.
Pelbagai acara menarik telah disusun bagi memeriahkan pesta ini. Antaranya, Seminar Adat Semenda Menyemenda yang akan disampaikan oleh Datuk-Datuk Lembaga, bengkel kraftangan Negeri Sembilan, demostrasi masakan, bengkel peralatan semenda menyemenda, persembahan kesenian tradisional tempatan dan pameran buku.
Keunikan sistem matrilinealnya masih dikekalkan hingga ke hari ini. Namun ada masyarakat di luar lingkungan adat ini mencemuh dan memandang serong pada Adat Perpatih. Di samping itu, generasi muda diharap dapat menimba manfaat daripada pendedahan dan persembahan ini. Oleh itu, pesta ini diharapkan dapat meningkatkan pemahaman orang ramai tentang Negeri Sembilan secara keseluruhan dan Adat Perpatih secara khusus.
Bersempena dengan Pesta Persukuan Adat Perpatih ini, PEN akan melancarkan antologi terbarunya, Puisi Bonda Kandung – Gema Serunai Hati 8. Antologi ini juga akan dilancarkan oleh baginda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 12 Jun 2004 jam 8.30 malam.
Serentak dengan majlis pelancaran ini akan berlangsung Malam Pengucapan Puisi Luak Tanah Mengandung yang membariskan nama-nama besar dalam persada puisi tanah air termasuk Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said dan Prof. Dr. Siti Zainon Ismail.
Malam Pengucapan Puisi Tanah Mengandung akan turut dimeriahkan oleh pengucapan puisi oleh para penyair PEN seperti Mahaya Mohd Yassin, Zulkifli Abu, Rahimi NS, Mohd Zulkifli Mohd. Noor dan Farah Nabila Anuar.
Naskah antologi terbaru terbitan PEN itu turut dijual semasa pesta ini berlangsung. Antologi ini memuatkan karya-karya pemenang hadiah Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi Negeri Sembilan 2003. Antaranya, Siti Jasmina Ibrahim (Khabar Dari Jendela Omak), A. Latip Talib (Bukan Kerana Adat) dan Amiza Khusyri (Perpatih Bertatih).
Orang ramai yang ingin mendapatkan buku-buku, dokumentasi mengenai Negeri Sembilan dan mengenali dengan lebih dekat lagi budaya unik negeri ini bolehlah datang beramai-ramai ke Pesta Persukuan Adat Perpatih 2004 yang bermula seawal 7.45 pagi.
Masuk percuma.

Ulasan