Projek penulisan terkini
Hari ini ada kuliah DSLP. Tapi hanya ada 3 kelas. Kelas Prosedur Jenayah tak jalan. VCD player pada laptop kelas tak boleh mainkan CD tentang prosedur poligami di mahkamah. Mulanya kami agak excited bila diberitahu tentangnya. Maklumlah, di mahkamah sebenar, poligami ialah kes in camera - ertinya, perbicaraan tertutup. Hanya pihak-pihak yang terlibat sahaja yang boleh berada di dalam mahkamah. Pintu mahkamah akan dikunci. Kami tidak boleh tahu apa yang berlaku. Secara teorinya, kami peguam tahu apa yang sepatutnya berlaku. Tetapi kami teringin untuk melihat apa yang berlaku. Tapi mungkin pada kelas akan datang, CD itu akan ditayangkan.
Kelas Dr. Nora Al-Haq (Undang-undang Keluarga Islam) juga tidak berjalan. Kelas itu diambil alih oleh Ustaz Razali Nawawi selama 2 jam.
Hari ini juga jadual peperiksaan dikeluarkan oleh Harun M. Hashim Law Centre. Peperiksaan mulai 2o November 2004. Setiap hari Sabtu dan Ahad. Maknanya, ada 5 hari peperiksaan. Satu hari satu subjek. Maknanya, jalan Raya tahun ini kena bawa nota kuliah sekali :-)
Sewaktu rehat, dikunjungi Huda Soid dan Ghafirah Idris. Mereka berdua tunas-tunas muda dalam penulisan. Ada seorang lagi yang patut menemui saya - Siti Hajar Mohd Zaki. Barangkali minggu depan, bolehlah makan tengah hari bersama. Banyak yang boleh kita bincangkan, demi kelangsungan dunia penulisan kita semua. Terutama sekali pada Siti Hajar dan Huda, yang diharap bakal menambahkan lagi bilangan penulis wanita yang berkualiti daripada aliran perundangan. Pembaca harus didedahkan dengan pemahaman konsep perundangan dalam karya kita, dik.
Ada projek terkini yang kami bincangkan. Semoga ia menjadi kenyataan.

Ulasan