DUIT, DUIT, DUIT
I
Musim Ramadhan dan Syawal memang musim duit. Sama ada buat duit atau banyak pakai duit. Terpulang dalam kategori mana kita berada. Orang kita yang berniaga barangan berkaitan dengan musim perayaan, seperti jahit baju, langsir, kad raya, kuih raya dan sebagainya, masa inilah rezeki mereka berganda.
Tahun ini seperti tahun sebelumnya, saya tidak pernah ada baju yang ditempah khas sempena Hari Raya. Bagi saya, baju yang dipakai pada hari raya, tak kiralah baju apa pun, ialah Baju Raya. Senang cerita. Begitu juga dengan anak-anak dan suami. Kami jarang berkira benar tentang hal-hal remeh-temeh begini. Membeli belah sewaktu hampir musim raya begini memang tidak ekonomi. Saya lebih suka membeli pada waktu selepas musim perayaan. Biasanya harga sudah turun kembali pada waktu itu. Saya juga tukar langsir bila saya rasa langsir itu sudah patut ditukar.
Kuih raya biasanya saya buat sedikit dan bakinya dibeli. Itu satu keperluan kerana Hari Raya ialah waktu kita melayan tetamu dan sahabat handai. Bukan kerana nak buat pameran kuih raya, tetapi ada sesuatu untuk dihidangkan pada tetamu kelak. Bukankah setiap tetamu yang datang itu membawa rezeki.
Adakalanya saya melihat Hari Raya menjadi hari pembahagian harta (wealth distribution). Maksud saya, pada ketika ini kita akan lihat anak-anak (yang sebelum ini kita tidak pernah kenal), datang mengunjungi kita hanya dengan satu maksud - kumpul duit raya. Kalau yang datang dengan ibu bapa, biasanya ibu bapa itu pastinya saudara kita ataupun sahabat-sahabat kita juga. Tapi yang datang segerombolan menyerang rumah-rumah (biasanya rumah-rumah yang dianggap besar dan mewah menjadi sasaran utama) memang datang mengumpul duit raya. Makan kuih dan minum air pun kerana dah penat berjalan.
Sesekali melihat telatah mereka memang seronok tetapi lebih ramai yang tidak diberi 'taklimat' oleh ibu bapa bagaimana hendak melawat rumah orang yang tidak dikenali. Itu tanggungjawab ibu bapa mereka yang tidak perlu saya sentuh di sini.
II
Saban tahun, setiap peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam perlu melunaskan sejumlah bayaran jika mahu mengekalkan status peguam bela dan peguam cara pada kad perniagaan, kepala surat firma dan cop getah (rubber stamp).
Setiap Jun mesti bayar RM560 pada Majlis Peguam. Kemudian bayar pada Jawatankuasa Peguam mengikut negeri masing-masing. Di Negeri Sembilan mesti bayar RM150 tahun ini. Dulu seratus setiap peguam. Lepas tu, bayar insurans yang dipanggil The Malaysian Bar Professional Indemnity Insurance Scheme. Saya pilih untuk coverage paling minimum iaitu RM250,000. Untuk itu perlu bayar RM708.75 (untuk tahun ini). Tak dapat nak dibayangkan kalau ambil coverage 1 juta, premium pastinya ribu-ribu.
September - bayar lagi untuk Majlis Peguam. Lagi RM150 kalau tak silap. Kena bayar Laporan Akauntan sebanyak RM572.00
Jumlah :
RM560
RM150
RM708.75
RM572.00
RM150
= RM2,140.75 (untuk seorang peguam, bukan satu firma)
Kesimpulannya, untuk jadi peguam maintenance memang tinggi setiap tahun. Kalau tak kena gaya memang tak boleh nak boleh nak hidup. Peguam banyak bergantung kepada anak guam. Walaupun orang kata jadi peguam ini mewah, sekali tandatangan tidak kurang RM50, tapi itu semua mitos semata-mata.
Hakikatnya peguam yang banyak kali teraniaya. Yang kes dah habis tapi anak guam lari, tak cukup sebelah tangan untuk dibilang. Masa datang minta bantuan memang datang dengan muka tak sampai sepuluh sen. Kami yang menjalankan amanah ini, tentunya menerima kes kerana ingin berbakti kepada anggota masyarakat. Tetapi bila masa bayar, liatnya bukan main. Ada sahaja alasan untuk menangguhkan bayaran.
Geram bila ada di antara mereka yang tidak menunaikan janji. Sedangkan kebanyakan daripada mereka itu beragama Islam. Bila peguam lambat sedikit, mengutuknya bukan main lagi. Patutlah Karpal Singh charge tidak kurang daripada RM20 ribu setiap kali dia menerima kes jenayah. Jadi peguam memang banyak pening kepala. Kena anak guam yang telefon ikut suka dia, datang terjah ke pejabat tanpa temu janji dan tak pandai pula nak meringkaskan cerita... Ah! Mereka tetap manusia dengan pusparagamnya.
III
Perasan tak kalau membeli belah di kedai runcit (selalunya) Melayu, kita beri duit besar untuk membeli barang yang harganya kecil, (kerana kita tiada duit kecil) jurujual akan tanya, "Ada duit kecil tak?" Sedangkan kalau kita kedai bangsa asing, beli barang harga 20 sen tapi bayar guna duit RM100 pun tetap akan diberi kita duit songsong RM99.80.
Saya selalu menjual buku dengan suami saya di majlis-majlis sastera, bahasa dan ilmu. Selain menjual secara online di Ujana Ilmu, kami seringkali turun padang. Paling yang membuatkan saya tidak tidur malam ialah kekurangan duit songsong ataupun duit kecil. Biasanya pembeli suka membayar dengan duit besar (walaupun dia ada duit kecil) kerana lebih mudah dikeluarkan dari dompet. Dan bukanlah tempat seorang jurujual untuk bertanya atau mempertikaikan sama ada pembelinya ada duit kecil ataupun sebaliknya. Itu pilihannya untuk menggunakan duitnya yang mana satu.
Saya merasa sangat malu kalau diberi wang besar tetapi saya tidak punya cukup wang kecil untuk dikembalikan. Bukankah penjual juga harus cekap menukar wang. Bukan setakat ada wang kecil tetapi pantas mengembalikannya. Kalau harus pergi merayau serata alam mencari duit tukar untuk mengembalikan wang baki, bagi saya itu juga tidak cukup efisien. Falsafah peniaga haruslah menghormati pelanggannya.
Namun fenomena ini tidak banyak berubah apabila kita membeli barang di sesetengah kedai runcit Melayu. Ini perihal sikap. Hendak yang mudah. Tidak mahu bersusah payah untuk pembeli.
Doakan saya tidak melakukan kesilapan seperti ini...

Ulasan