Seusai Bengkel Cerpen PEN
Alhamdulillah, usai sudah bengkel penulisan cerpen intensif anjuran Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN). Kumpulan kecil seramai 8 orang itu datang seperti yang dijadualkan. Seperti berjanji, pesertanya 4 lelaki 4 perempuan:
1. Nur Safura
2. Norsyibaaiyah
3. Faezah Azaman
4. Salasiah
5. Ahmad Ibrahim
6. Ismail Taib
7. Ahmad Dinar
8. Mohd Al-Adib
Jam 9, kami mulakan dengan sesi taaruf dan terus dimulakan dengan pesanan daripada Kak Mahaya Mohd Yassin. Beliau memperkatakan hal-hal bahasa dari aspek tatabahasa dan kesantunannya. Selama lebih kurang satu setengah jam peserta berinteraksi dengan pelbagai persoalan bahasa dalam penulisan.
Kak Mahaya turut menyenaraikan dan membawa sekali ke dalam bilik mesyuarat Pejabat Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan, buku-buku yang patut ada pada setiap penulis. Antaranya, Kamus Dewan, kamus seerti, kamus sinonim-antonim, tesaurus, kamus peribahasa dan Tatabahasa Dewan. Peserta nampaknya benar-benar memanfaatkan ruang masa yang ada. Kak Mahaya tidak lepas daripada serangan soalan bertubi-tubi. Dan tentunya, Kak Mahaya dapat menguasai keadaan dengan baik.
Sementara menunggu peserta menyudahkan sedikit tugasan @ ujian, saya pula menanti kehadiran Kak Azah Aziz - Editor Kanan, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Alhamdulillah, beliau tiba tepat pada waktunya. Sempat pula menyemak beberapa manuskrip yang dibawa oleh peserta ke bengkel ini.
Sesi bersama-sama Kak Azah Aziz berlangsung dalam suasana perbincangan di antara editor dengan penulis. Beliau memberi komen pada setiap baris ayat yang tidak kena dalam naskhah peserta-peserta. Yang cantiknya, setiap satu komen itu diberikan justifikasi mengapa beliau berkata demikian. Ditambah pula dengan cadangan pembetulan. Sesungguhnya, saya senang bekerja dengan Kak Azah. Masih terbayang-bayang di ingatan bagaimana suasana kami berbincang menangani manuskrip "Mencari Locus Standi" sedikit masa dahulu.
Dan seperti Kak Mahaya, Kak Azah turut tidak lepas daripada lontaran-lontaran persoalan daripada peserta yang jelas lupa makan tengah hari dengan kehadiran tetamu istimewa ini. Sungguh! Kami makan tengah hari pada jam 2 petang. Pun, dalam majlis-majlis ilmu begini, saya dan Kak Mahaya berpendapat masa rehat dan makan itu tidak patut mengambil terlalu banyak ruang. Sewaktu bengkel juga, peserta bebas menjamah hidangan ringan dan minum.
Di dalam bilik mesyuarat dengan meja bujur, peserta duduk berhadap-hadapan dalam bentuk U. Tidak ada sesiapa yang dapat berlindung di belakang orang lain seperti di dalam kelas. Sengaja saya pilih supaya mereka duduk begitu.
Sewaktu rehat dan solat, Encik Siri Neng Buah - Pengarah Kebudayaan Negeri Sembilan, sempat singgah dan berbual-bual dengan kami. Beliau begitu banyak memberi sokongan kepada PEN. Seronok mendengar beliau berbual-bual tentang hal-hal bahasa, sastera serta tulisan jawi. Walaupun beliau berketurunan Siam, tetapi sangat akrab dengan kehidupan dunia Melayu. Hatta, saya melihat beliau memperjuangkan hal-hal bahasa, bercakap dalam bahasa Melayu lebih baik daripada orang Melayu sendiri.
Sebelah petangnya, saya teruskan bengkel dengan membedah karya setiap peserta. Setiap kekuatan dan kelemahan diangkat oleh setiap peserta. Mereka diberi peluang mengkritik dan memberikan pandangan. Saya lihat setiap peserta mempunyai kekuatan yang tersendiri. Mereka jelas sudah dapat menguasai asas penulisan cerpen dengan baik. Panjang juga sesi itu berlangsung. Hingga jam lima petang baru majlis selesai.
Tiada apa yang saya dan PEN harapkan. Bengkel hanya bersifat luaran. Peranan setiap individu penulis itu yang lebih utama, jika benar-benar mahu menjadi penulis. Saya sanjungi kesungguhan mereka. Hadiah yang paling baik untuk saya ialah ketika melihat karya mereka tersiar di mana-mana wadah perdana. Bengkel itu saya anggap satu majlis perkongsian ilmu. Sesungguhnya saya bukanlah guru yang baik, saya hanya boleh ceritakan proses kreatif saya sahaja untuk dijadikan iktibar.
Saya hanya boleh membawa anda ke pintu dunia penulisan, tetapi tugas andalah membuka tombolnya dan terus masuk ke dalam...

Ulasan