Di Laman Anggerik ini...
Usai Hari Puisi Nasional ke 16 di Bandar Raya Anggerik, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Saya mewakili PEN bersama-sama dengan Rahimi NS, Norman dan Hj Saidi. Ada dua tiga orang lagi yang sepatutnya hadir tetapi ada aral pula pada saat-saat terakhir. Selain menjadi peserta, saya juga menjual buku-buku Ujana Ilmu di sana.
Majlis di Intekma Resort and Convention Centre bermula pada Hari Jumaat. Selepas solat Jumaat, para peserta telah mula mendaftar diri. Saya sampai sekitar jam 5.30 petang. Sebilik dengan teman penulis dari PPJ - Kak Asnani. Sepatutnya ada wakil dari Melaka yang turut sebilik dengan kami, tetapi sehingga akhir konvensyen dia masih lagi tidak muncul.
Berlaku sedikit salah faham ketika membuat pendaftaran. Petugas di kaunter pendaftaran pertama ok. Tetapi bila beralih ke kaunter kedua untuk mendapatkan kunci bilik, petugasnya dengan muka paling masam dan muncung boleh ditanjul memberitahu bahawa teman sebilik saya sudah mengambil kunci dan saya hanya perlu masuk ke bilik 542C.
Selepas lebih 20 anak tangga dan menaiki lif ke tingkat 4, saya pun menggagau mencari bilik yang diberikan. Seisi tingkat itu saya seluruhi dan ternyata bilik 542C tiada di tingkat ini.
Saya pun singgah ke bilik 542B. Ada seorang penghuni. Katanya dia juga mencari bilik yang sama tetapi kunci yang diberikan boleh membuka bilik ini. Dialah Kak Asnani. Lalu saya pun meletakkan barang di situ. Bila turun kembali memaklumkan hal ini pada petugas kaunter 2, dengan nada yang tidak mesra dan muka yang masih lagi masam dan muncul panjang sedepa, dia seperti terpaksa menyemak kembali senarai nombor bilik peserta.
Saya katakan bilik 542 C tidak wujud. Dia merujuk pada pekerja Intekma yang kebetulan berada di situ. Pekerja tersebut mengesahkan kenyataan saya. Lantas apa situasi saya dan Kak Asnani, saya bertanya.
Katanya, masuklah ke bilik itu dulu. Nanti dia akan uruskan bila penghuni bilik 542B datang kemudian. Saya katakan juga yang saya harap tidak ada kekeliruan selepas ini. Dengan muka yang masih lagi tidak mesra, dan nada yang 'membentak' dia meyakinkan saya bahawa itu tidak akan berlaku.
Saya naik semula memaklumkan hal ini kepada Kak Asnani. Dapat pula berita baru. Peserta yang mendaftar masuk ini tidak boleh mengambil makanan di Intekma kerana ia telah dihadkan kepada 100 orang. Jadi orang yang ke 101 dan seterusnya tidak lagi boleh mengambil makanan walaupun datang sejauh Johor ataupun Sabah sekalipun.
Pelik juga!
Sebelah malamnya, majlis selamat datang kepada peserta. Masih ada lagi peserta yang mendaftar masuk. Kaunter masih ripuh dan dalam masa yang sama, majlis tetap berjalan di tepi kolam. Ada nyanyian sambil makan malam. Turut menyambut Hari Lahir Dr. Siti Zainon Ismail. Dr. Siti turut melancarkan dua buah kumpulan puisinya - Witir Sela Merapi dan Piazza Di Spagna.
Sempat bertemu teman-teman penulis - Uthaya dan isteri, SM Zakir, Lutfi Ishak, Ariff Mohamad, Paul Nanggang, Abizai, Pak Nazel Hashim, Dr. Sahlan dan ramai lagi. Sayangnya, tidak ramai teman-teman penulis wanita yang saya temui. Barangkali ada aral untuk ke mari. Maklumlah untuk berkampung di Shah Alam untuk 2 - 3 malam bukan mudah untuk mereka. Saya faham.
Saya juga dihubungi DJ Irwan Shah dari RMKL. Seperti yang dijanjikan, saya diwawancara malam itu di stesen tersebut dalam ruangan Novel dan Karya terbitan beliau. Sejam lebih rancangan tersebut. Menarik dan unik. Kalau ada novel baru yang mahu diperkenalkan, boleh kirim ke RMKL. (Teringat rancangan Gapura Ujana - terbitan Radio Malaysia Negeri Sembilan yang telah berkubur.)
Esoknya, saya sudah mula 'buka kedai' di luar Dewan Bestari dengan dibantu oleh adik saya. Seawal jam 7 saya sudah menyiapkan meja untuk pameran dan jualan buku.
Seharian sesi pembentangan kertas kerja berjalan. Malamnya ada persembahan puisi di Dataran Shah Alam. Tetapi saya sudah terlalu letih untuk ke sana. Petang itu, sempat bertemu Pak Samad (SN A. Samad Said) dan masuk sebentar mendengar Sembang Bersama SN. Paling terkesan dengan komen AGI (A. Ghaffar Ibrahim, Tak Tun) tentang Hadiah Sastera Perdana Malaysia.
Katanya, seorang Sasterawan Negara sepatutnya tidak perlu dipertandingkan dalam HSPM. Taraf seorang SN itu sudah berada dalam kelasnya yang tersendiri. Jika seorang SN juga dimasukkan dalam kategori-kategori tertentu dan apabila tidak menang, akan muncul perkataan-perkataan yang tidak enak didengar. Sedangkan taraf seorang SN bukanlah untuk dipertandingkan lagi. Dan sastera itu pula secara relatif amat subjektif sifatnya.
Ada kebenarannya. Seorang SN yang dipertandingkan itu, seperti masuk sayembara menulis cerpen peringkat daerah.
Komen anda?
Hari Ahad, paginya peserta terus berseminar. Majlis berhenti setakat tengah hari. Peserta makan tengah hari di Muzium Shah Alam, langsung dibawa ke Kg. Delek untuk majlis Puisi Masuk Kampung dan Majlis penutup HPN- 16 di Kg. Delek juga.
Pada waktu senggang, saya sempat ke Karnival Jualan Buku Dawama di Lembah Keramat/AU. Pergilah ke sana. Banyak buku yang baik dijual dengan diskaun yang besar. Buku-buku terbitan 1998 ke bawah diberi diskaun 80%! Saya seronok memborong. Maklumat lanjut, sila ke www.dawama.com

Ulasan