Benarkah wanita sudah bersedia?
Saya baru kembali dari sebuah perhimpunan yang dihadiri oleh wanita sahaja. Seperti biasa, dalam perhimpunan sedemikian, ada banyak desakan yang disenaraikan dan mahu dimajukan kepada pihak Kerajaan. Terus terang, saya tidak gemarkan jenis majlis yang begini. Namun atas 'arahan', saya patuhi juga. Pun saya melihat dari sudut yang positif, mungkin ada kenalan baru dan jaringan persahabatan yang dapat saya lebarkan.
Alhamdulillah, saya temui juga wanita-wanita yang hebat. Teman sebilik saya, kecil molek orangnya tetapi seorang peguam yang mengkhusus dalam bidang jenayah. Juga, ketua kumpulan saya, rupa-rupanya adik kepada seorang kenalan penulis dari Selatan Johor. Tidak ketinggalan, Nisah Haron akan sentiasa membawa bukunya untuk dijual (biar pun sekadar beberapa buah!) :-)
Selain daripada itu, ia sekadar pesta makan-makan, ucapan-ucapan dan pembentangan kertas-kertas kerja yang sekadar mengulang isu-isu lapuk tetapi masih tiada jalan penyelesaian. Bukan kerana tiada jalan penyelesaian tetapi seperti tidak mahu diselesaikan.
Kumpulan saya diminta memberi saranan untuk resolusi tentang masalah sosial. Kami katakan, masa untuk tindakan yang lembut-lembut sudah tamat. Orang Melayu sudah terlalu nazak penyakit sosialnya. Kita perlukan tindakan-tindakan yang lebih drastik.
Saya sendiri menyarankan 3 perkara :
1. Penagih-penagih tegar yang sudah tiada harapan sembuh dan kalau keluar pun daripada universiti serenti akan kembali menyambung sarjana ataupun Ph.D, elok dikirimkan sahaja ke negara-negara yang dilanda perang. Biar mereka buat kerja amal sebelum mereka mati sia-sia.
2. Kursus keibubapaan (parenting skill) perlu diajar mulai Tingkatan 1. Janganlah bila nak kahwin baru nak masuk kursus pra-perkahwinan selama 1 setengah hari. Percayalah, stastistik menunjukkan lebih banyak perkahwinan yang gagal selepas program kursus kahwin dijalankan. Jika benar anak-anak remaja ini sudah 'gatal' hendak bercinta, terapkan dalam jiwa mereka, apa niat mereka bercinta. Cinta itu tanggungjawab, apatah lagi sebuah perkahwinan.
3. Konsert-konsert, program-program realiti hiburan (AF, MI dll) semuanya harus dihapuskan. Merekalah yang benar-benar merosakkan orang Melayu.
Itu cadangan peribadi saya. Tetapi sebagai sebuah kumpulan kami tekankan bahawa penyelesaian sebenar ialah sistem pendidikan yang mesti dirombak semula. Institusi kekeluargaan pula mesti diperkasakan semula. Ibu bapa bukan sekadar kilang buat anak. Pendidikan untuk anak bukannya bermula setelah ia dilahirkan, malah sebelum anak itu dibuat! Tetapi berapa ramai yang sedar?
Antara desakan yang dikemukakan oleh satu golongan wanita lagi ialah di bidang akademik, sudah ada sepatutnya wanita yang dinobatkan sebagai naib canselor universiti. Golongan ini menganggap bahawa wanita tidak diberi peluang walaupun mereka sudah ada kelayakan yang cukup.
Saya bukan orang akademik. Namun saya lihat dan setakat yang saya tahu tentang tugas seorang NC. Tugasnya bukan bermula jam 8 pagi dan tamat 5 petang. Selalunya ia lebih daripada itu. NC juga perlu buat PR dengan banyak pihak yang rata-ratanya lelaki, hatta hingga malam hari.
Persoalannya, benarkah wanita seudah bersedia ?
Saya masih tak tahu apa yang diingini oleh kelompok pendesak yang masih bertonggakkan kepada Germain Greere dan Eleanor Rooservelt. Langsung meninggalkan terus dua amanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW - Al-Quran dan Sunnah.
Jika kita kembali kepada perkara-perkara yang asas, tiada apa sebenarnya yang mesti diperjuangkan oleh wanita-wanita Islam.
Masihkah wanita tidak menyedarai bahawa kekuatan wanita itu terletak pada kelembutannya...?

Ulasan