Memujuk Pada Yang Tiada Cinta
Kali ini saya bertugas sebagai Fasilitator Sastera dan Budaya untuk PLKN Kem Tanjung Tuan, Port Dickson. Berbeza pula jenis pesertanya. Kalau kali pertama dahulu, pesertanya terdiri daripada pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi; kemudian PLKN kali kedua, pesertanya berperibadi agak sederhana, kali ini ia terdiri daripada mereka yang keciciran.
Benar-benar keciciran daripada aspek pendidikan, moral, sosial dan juga ekonomi. Ada yang terpaksa berhenti sekolah lantaran desakan hidup. Ada juga yang sudah berusia lebih 18 tahun tetapi tidak boleh membaca, apatah lagi menulis. Pendek kata, tiada 3M.
Cabaran para fasilitator lebih berat. Sudahlah tidak mahir membaca (walaupun hanya sebahagian) bagaimana pula mereka ini mahu menghayati puisi dan sastera. Namun, tempoh 6 malam bukanlah masa yang sesuai untuk melahirkan seorang penyair. Cukuplah sekadar, mereka mengenali apa itu sastera dan budaya. Sekurang-kurangnya mereka didedahkan dalam bentuk yang ringan tentang penghayatan sebuah puisi.
Kumpulan saya dapat mentafsirkan puisi pilihan mereka dan menterjemahkannya ke dalam bentuk sebuah pantomim.
Adakalanya, mereka yang dianggap 'keciciran' dalam bidang pelajaran ini lebih kreatif dan berjaya menangani masalah hidup dengan lebih praktikal.
Secara keseluruhan, saya tidak mengalami masalah dengan kumpulan saya walaupun mempunyai pelajar yang bermasalah untuk memahami apatah lagi sukar berkomunikasi. Namun, saya letakkan mereka pada tempat yang mereka selesa. Akhirnya, saya dapati mereka seronok dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan persembahan pada malam terakhir nanti.
Pada malam pertama, kami telah perkenalkan mereka dengan bentuk-bentuk puisi: tradisional dan moden. Saya perkenalkan gurindam dan bagaimana untuk melagukan gurindam. Sempat juga saya karang serangkap dua gurindam khusus untuk majlis ini. Biar mereka dapat mengaitkan puisi dengan program mereka.
Biarpun, Program Penghayatan Sastera dan Budaya ini tidak akan melahirkan penyair ataupun penulis, tetapi saya positif, selepas 6 malam, mereka akan melihat sastera dan budaya itu dari perspektif yang berbeza.
Selesai bertugas sebagai Fasilitator di Tanjung Tuan, saya akan bertugas sebagai Ketua Fasilitator di Kem Sri Perkasa, Mantin. Kem Sri Perkasa belum pernah mengadakan Penghayatan Sastera dan Budaya. Ini kali pertama Kem tersebut dipilih. Saya juga pertama kali akan ke sana.

Ulasan