"Masuk Suku"
Istilah "Masuk Suku" agak popular di kalangan orang di luar lingkungan Adat Perpatih. Mereka sering menganggap bahawa orang luar Negeri Sembilan yang mahu berkahwin dengan gadis/pemuda NS haruslah berwaspada, 'nanti kena masuk suku', kata mereka.
Ia bukan sahaja menjadi satu lelucon atau kata-kata yang bersifat kecindan semata-mata. Peribadi, saya anggap kata-kata ini sudah menghina pengamal Adat Perpatih khususnya, dan orang Negeri Sembilan amnya.
Terus terang, saya bukanlah dilahirkan dalam lingkungan pengamal adat ini. Saya juga tidak pernah cuba memahaminya. Ini disebabkan oleh kurangnya bahan di sekitar saya ketika itu, dan tidak terlibat secara langsung dalam memerhatikan adat ini diamalkan. Namun, saya tidak pernah memperlekehkan pengamalan mana-mana adat apatah lagi apabila saya sendiri tidak berapa memahaminya.
Saya mengambil falsafah : Usah cari kesalahan atas perkara yang kita tidak faham ataupun "don't find fault with what you don't understand".
Apabila ramai orang luar yang langsung tidak punya usaha untuk bertanya atau mengambil tahu, tetapi lebih suka untuk mengata-ngata, memang saya boleh naik angin.
Soalan popular : "Kenapa kahwin dengan orang NS kena masuk suku? Bayar penuh tapi masuk suku, rugilah!"
Kata saya, dalam masyarakat Adat Perpatih, tidak timbul langsung istilah 'masuk suku'. Namun mereka (golongan yang suka bertanyakan soalan bodoh begitu) sebenarnya bertanya dalam nuansa lucah lagi menghina.
Bilalah mereka mahu berhenti?
Gesaan saya, Institut Adat Perpatih yang sedang diangin-anginkan itu hendaklah segera diwujudkan. Tulisan-tulisan yang bersifat ilmiah dan umum tentang adat ini hendaklah segera diperbanyakkan. Anak-anak NS yang sedang merantau, apabila sudah cukup ilmu dan bekalan, pulanglah. Bina kembali institusi adat yang indah ini.
Tunggulah kajian saya selesai nanti, saya akan berkata cukup dengan fakta, bahan dan bukti bahawa Adat Perpatih ini langsung tidak bercanggah dengan mana-mana pemakaian undang-undang Islam. Percayalah... Hanya orang yang tidak memahami sahaja yang akan mengatakan yang sebaliknya.
Seperti biasa, orang biasa hanya akan nampak yang biasa dan yang negatif sahaja tentang perkara yang tidak mereka fahami. Itulah lumrah menjadi seorang manusia biasa. Namun, sesekali fikirkan ruang untuk menjadi manusia yang luar biasa - luar biasa dalam erti kata cara berfikir.

Ulasan