Pesta Persukuan Adat Perpatih Kembali!
Seperti yang telah saya coretkan pada ruang sisi blog ini, Pesta Persukuan Adat Perpatih 2005 akan berlangsung seperti mana ketetapan yang berikut :
Kertas kerja menarik yang patut diperhatikan oleh pembentangan oleh Prof. Madya Noor Aziah Mohd Awal (Fakulti Undang-undang, UKM) akan melihat kedudukan wanita dalam Adat Perpatih. Kepada sesiapa yang seringkali salah faham ataupun ingin tahu lebih lanjut tentang peranan wanita, benarkah mereka ini memakan harta yang tidak sepatutnya (tidak mengikut hukum faraid, dsb.), masa inilah untuk ambil tahu dan menghilangkan rasa salah faham itu.
Turut diadakan jualan buku dan pesta masakan, permainan tradisional, pertemuan dengan datuk-datuk adat, pendek kata, menjawab persoalan tentang Adat Perpatih.
Tahniah kepada pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang berani membawa keluar Pesta Adat ini setelah saban tahun hanya diadakan di dalam Negeri Sembilan. Terima kasih juga kepada ATMA, UKM kerana sudi memilih UKM sebagai tuan rumah. Ini memberi ruang kepada mereka yang berada di luar Negeri Sembilan supaya dapat mendalami tentang budaya unik Negeri Sembilan yang tidak pernah melanggar syarak. Bak kata perbilangannya,
- Tarikh : 17 & 18 Disember 2005
- Masa : 9.00 pagi hingga 10.30 malam
- Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kertas kerja menarik yang patut diperhatikan oleh pembentangan oleh Prof. Madya Noor Aziah Mohd Awal (Fakulti Undang-undang, UKM) akan melihat kedudukan wanita dalam Adat Perpatih. Kepada sesiapa yang seringkali salah faham ataupun ingin tahu lebih lanjut tentang peranan wanita, benarkah mereka ini memakan harta yang tidak sepatutnya (tidak mengikut hukum faraid, dsb.), masa inilah untuk ambil tahu dan menghilangkan rasa salah faham itu.
Turut diadakan jualan buku dan pesta masakan, permainan tradisional, pertemuan dengan datuk-datuk adat, pendek kata, menjawab persoalan tentang Adat Perpatih.
Tahniah kepada pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang berani membawa keluar Pesta Adat ini setelah saban tahun hanya diadakan di dalam Negeri Sembilan. Terima kasih juga kepada ATMA, UKM kerana sudi memilih UKM sebagai tuan rumah. Ini memberi ruang kepada mereka yang berada di luar Negeri Sembilan supaya dapat mendalami tentang budaya unik Negeri Sembilan yang tidak pernah melanggar syarak. Bak kata perbilangannya,
Adat bersendi syarak
Syarak bersendikan kitabullah
Syarak mengata
Syarak bersendikan kitabullah
Syarak mengata
Adat memakai.
Jadi, kepada semua peminat adat, ataupun sesiapa yang selama ini kabur tentang adat, serta sering melihatnya dari sudut yang negatif sahaja, ini masa, ruang dan peluang untuk memperbetulkan perspektif tersebut.
Tak tahu bertanya, tak faham jangan cari salahnya.
Masuk percuma, datanglah beramai-ramai.

Ulasan