Terima kasih kepada pengunjung
Alhamdulillah, weblog saya yang lahir sejak Mei 2004 kini telah lebih 50000 dilihat oleh pengunjung. Terima kasih yang tidak terhingga daripada saya.
Cadangnya, saya mahu melihat sendiri ketika nombor-nombor itu bertukar ke angka besar ini. Satu penanda aras kepada perkembangan penulisan blog saya.
Pengunjung amat penting kepada penulis blog yang bersifat terbuka. (Ada blogger yang tidak membuka ruang komen dan hanya berhasrat untuk berkomunikasi secara sehala - itu pilihan masing-masing). Namun, saya lebih suka kepada komen-komen pembaca, tak kiralah positif ataupun negatif. Mana yang sempat, saya beri respon.
Sayang sekali, budaya mendokumentasikan fikiran dan perasaan kita masih belum cukup ampuh kesedarannya. Kita seringkali beri komen secara lisan sebagai respon kepada setiap satu yang berlaku ataupun tentang apa yang dibaca. Cubalah, sesekali dokumentasikan respon tersebut. Dalam hal membaca blog, tulislah respon/komen tersebut pada ruang yang disediakan.
Tiada hadiah yang lebih berharga bagi penulis-penulis blog, selain daripada komen-komen yang jujur dan ikhlas serta respon yang dibuat dengan cara yang berhikmah. Dengan itu, saya tahu andalah yang sering berkunjung ke teratak kecil saya ini. Terima kasih atas kunjungan ini.
Kepada para 'pembaca senyap' anda tidak juga saya lupakan. Anda tidak kurang pentingnya. Anda juga yang memberi semangat kepada saya untuk terus menulis di sini. Tanpa sokongan pembaca, saya mungkin telah lama mematikan hasrat untuk mendokumentasikan pemikiran dan perasaan di laman ini.
Kepada semua blogger yang meletakkan pautan ke laman saya, juga terima kasih.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
Namun, sesekali tinggalkanlah jejak supaya saya tahu anda pernah ke sini...

Ulasan