Bulan Kelahiran
Tahun lepas hari lahir saya jatuh pada maulidurrasul. Lagipun menurut sumber tertentu, Rasulullah juga dilahirkan pada 20 April.
Ketika saya mencecah usia 21 tahun, saya menulis sebuah cerpen berjudul Dua Dekad Pertama. Kisah tentang muhasabah seorang watak yang telah mencapai usia 20 dan bakal melangkah ke usia 21. 75% memang kisah saya sendiri tetapi banyak juga kisah-kisah itu 'dikreatifkan'. Jadi bancuhannya sudah agak sebati hingga sukar juga hendak memisahkan yang fakta dan yang mana fiksinya.
Itu kisah lebih satu dekad lalu. Ketika ada cita-cita untuk menghasilkan sesuatu apabila usia saya mencecah angka 30. Namun ketika saya sampai ke usia tersebut, saya juga sedang sibuk dengan puteri ketiga. Ketika itu juga perjalanan penulisan saya baru sahaja mahu beralih arah. Pada usia 30 tahun sekitar 2003, saya ripuh menukangi novel sulung Mencari Locus Standi. Tahun berikutnya, saya masih menggilai novel - Farris Putera Yang Hilang.
Pertambahan usia diharapkan bakal menambahkan kematangan seseorang. Ada penanda aras yang diharapkan dapat menjadi kayu ukur kemajuan diri.
Tahun ini, insya-Allah, hari lahir saya akan disambut bersama-sama dengan sesuatu yang amat saya cintai - buku! Ya, Seminar Pencinta Buku Malaysia 2006 bakal berlangsung pada hari lahir saya. Bagi seorang yang amat menggilai buku, di mana lagi tempat yang paling baik untuk menyambutnya ?
Pada hari lahir syukurku mengalir
Pada sungai kehidupan
Pada rindu yang tidak terzahir
Pada ibu yang sakit melahirkan.

Ulasan