Suara Ulama di Malaysia
Ada suatu perbezaan dalam saya temui apabila membaca laporan akhbar tentang Muzakarah Ulama' 2006 kali ini. Biasanya Ulama' di Malaysia disebut-sebut sebagai tidak berfungsi dengan baik. Seringkali juga dimomokkan sebagai "Ular mak".
Tetapi penegasan mereka kali ini saya harapkan biarlah berkekalan. Mereka bertegas terhadap fahaman Islam liberal yang semakin menular. Pandangan kumpulan yang mahu melihat Islam dari sudut yang lebih luas. Kumpulan ini juga sibuk memperjuangkan wanita atas nama Islam tetapi sehelai hijab pun tidak singgah di kepala. Kumpulan yang kononnya faham makna Islam dan berani menafsir ayat-ayat Al-Quran sesedap rasa tanpa mengetahui sistem nasakh dan mansukh.
Jelasnya, Ulama' perlu kembali bertegas, punya suara. Sekali Ulama' berdehem, lintang pukang mereka yang berani-berani lalat ini bertempiaran. Yang berpegang tangan dengan bukan muhrim, segera lucut. Yang tudung terlondeh akan mula membetulkan hijab.
Laporan Utusan Malaysia bahawa amalan kongsi raya mahu dikaji semula adalah wajar. Islam kukuh atas dasar tauhid dan akidah bukanlah satu permainan. Apabila akar-akar tauhid itu mula diserang dan tidak lagi boleh menunjang peribadi, maka musuh-musuh Islam yang tidak pernah alpa akan segera datang dengan pelbagai suntikan. Ada yang datang dengan label liberalisme, IFC dan bermacam-macam lagi.
Promosi tentang Islam juga amat berkurangan hatta di saluran media kerajaan sekalipun. Tiada iklan, makluman tentang, misalnya Nuzul Quran, Israk & Mi'raj, Nisfu Sya'ban dalam bentuk yang ceria untuk difahami anak-anak ataupun informatif untuk golongan yang jahil pengetahuan tentangnya.
Masih ramai di luar sana yang tidak tahu bila Nuzul Quran, mengapa ia dinamakan Nuzul Quran dan mengapa kita perlu baca Yaasin 3 kali pada malam Nisfu Sya'ban dan disunatkan berpuasa.
Hakikatnya, apabila Ulama' tegas bersuara, semua ini boleh ditekankan. Kalau Ulama' leka berpolitik sahaja. Banyaklah akibat langsung, paling terkesan kepada umat Islam sendiri.
Fenomena World Cup yang semakin digilai ini, apa komen Ulama'. Bangga tak apabila semakin ramai suami yang 'tahajjud' pada dinihari, meninggalkan isteri sunyi di ranjang?
Kita kena kembali ke pada firman Allah dalam surah Al-'Asr supaya orang Islam berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Selebihnya, katakan kepada IFC: Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.
Pertahankan dan perbaiki Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Perbaiki sistem mahkamah syariah. Sesungguhnya Perkara 121(1A) belum cukup ampuh apabila datang kes seperti Moorthy dan Nyonya Tahir.
Syabas, kiranya Muzakarah Ulama' ini sudah ada hala tuju. Golongan agama terutamanya yang sedang belajar dan baru pulang dari Timur Tengah. Inilah tanggungjawab kalian (tanggungjawab semua orang Islam, sebenarnya) kerana kalian sangat terlatih. Tetapi ilmu agama sahaja tidak mencukupi untuk mentarbiah umat hari ini. Perlu ada ilmu yang bersepadu.
Bagi saya seseorang yang dipanggil orang 'alim itu bukan sahaja kelebihan ilmu agama, tetapi juga kelebihan mendalami pelbagai cabang ilmu. Untuk menjadi orang 'alim iaitu berilmu tentulah banyak membaca. Pembacaannya pula bacaan yang berkualiti dan membaca hampir semua perkara.
Orang 'alim ialah pakar rujuk. Jika Ulama' hanya tahu bidang agama semata-mata, mereka akan ketinggalan dalam banyak perkara juga. Dalam berdakwah perlu ada ilmu dah hikmah serta pengetahuan asas terhadap pihak yang mahu didakwahkan.
Ini sekadar cuit-cuit dan bukanlah mahu mengajar itik berenang. Saya percaya selebihnya, anda yang bakal bergelar Ulama' ini tentulah lebih arif.
Wallahua'lam.

Ulasan