Aktiviti Sosial Awal Januari
Hujung minggu yang normal seperti orang lain. Aktiviti penulisan direhatkan sebentar.
Semalam, menziarahi sepupu sebelah suami yang selamat pulang dari mengerjakan Haji. Alhamdulillah, dalam usia yang belum sampai 40 tahun, mereka bertiga telah menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Menjadikan saya dan keluarga juga berazam untuk melaksanakannya, mungkin tidaklah sebelum berusia 40, tetapi setidak-tidaknya sebelum 50 tahun. Semoga Allah mudahkan perjalanan kami ke sana.
Hari ini, sempat menyempurnakan jemputan walimah anak sahabat penulis - Abd. Latip Talib di Kg Kerangai, Jelebu. Sesekali makan kenduri di kampung memang lebih mengujakan daripada makan kenduri secara katering ataupun makan secara mewah di hotel-hotel. Hidangannya mudah tetapi menyelerakan! Khabarnya 2 ekor lembu tumbang. Daging yang dibuat kari itu jauh lebih enak daripada resipi makanan katering yang biasa ditemui dalam kenduri di bandar ataupun di taman-taman perumahan sekarang. Ditambah pula dengan aroma asap yang masih berbaki kerana orang-orang kampung pastinya baru selesai memasak hidangan sekitar 11 pagi.
Ketika saya sampai, pasangan mempelai sedang menikmati hidangan pertama sebagai suami isteri di kampung suami. Sdr Latip dan isteri kelihatan ceria, maklumlah menerima menantu pertama.

Ulasan