Menulis Karya Fiksyen Sains
Saya baru pulang dari Minggu Penulis Remaja Timur (MPRT) 2007 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur. Selalunya, saya jarang sekali menolak undangan ke pantai timur, apatah lagi pada musim pertengahan tahun begini. Seperti mana ramai yang mungkin tahu, setiap kali ke pantai timur dan ditempatkan di hotel pesisir pantai, mana mungkin saya lepaskan peluang menunggu matahari terbit dari laut.
Sutra Beach Resort menerima saya, Pak Samad, Shamsudin Othman & Nazmi Yaacob sebagai penceramah untuk bidang masing-masing. Di samping pantai Setiu yang indah, saya terkesan apabila Sutra Beach turut menyediakan sebuah perpustakaan mini. Pengunjung tempat ini juga boleh melayari internet secara percuma di tempat yang disediakan. Suatu kelainan bagi saya untuk singgahan ke pantai timur kali ini.
Peserta MPRT sekitar 20 orang itu rata-rata pelajar tingkatan 4 - 6. Sebahagian kecil pelajar IPT dan seorang bekas pelajar ASK.
Antara yang saya perkenalkan ialah penulisan karya fiksyen sains sebagai alternatif kepada penulisan karya berunsur cinta. Peserta dilihat seolah-olah menulis karya sastera itu bermakna menulis seperti mana karya novel-novel cinta yang sedang berlambak di pasaran. Itulah sastera pada mereka. Jadi tidak hairanlah peserta ini, walaupun pelajar sains totok, tetapi masih lagi ghairah untuk menulis karya bertemakan cinta penuh emosi dan ala-ala siri drama Samarinda.
Saya percaya bahawa penulisan karya fiksyen sains dan juga fantasi boleh menjadi satu alternatif kepada jenis-jenis karya yang dihasilkan. Terima kasih kepada Dewan Sastera yang telah memfokus isu ini.
Percayalah, jualan novel-novel cinta di pasaran sekarang sedang statik, jika tidak tenat. Pembaca sekarang sudah semakin bijak. Dari dahulu lagi saya percaya bahawa fenomena jualan yang tinggi terhadap novel-novel cinta tidak akan bertahan lama. Penerbit yang pernah menerbitkan novel-novel demikian juga ada antaranya yang telah membuka sayap baru - novel sastera. Mereka sedang mencari penulis karya yang menulis selain daripada novel cinta semata-mata.
Pembaca sudah beralih angin! Penerbit-penerbit harus akur.
Ulasan
Memang agak susah untuk bertukar daripada sajak kepada novel.
Tiba-tiba rasa rindu pada Merang dan resort itu. Kolam renangnya yang seakan bersambung dengan laut...
Andai tak mampu nak beralih daripada sajak kepada novel, cubalah mantapkan cerpen terlebih dahulu. Insya-Allah, nanti akan terasa semakin mudah untuk menulis novel.
Jiwa Rasa,
Memang itulah yang menjadi tarikan resort tersebut - kolam yang seperti bersambung dengan Laut China Selatan. Seminar Pencinta Buku boleh buat di sana untuk tahun-tahun akan datang... :-)
Pelajar sains totok tapi menulis ala-ala Samarinda?Huh, kalau ada suatu hari saya terbuat salah, of all the hukuman, janganlah hukum saya membaca atau menonton karya Samarinda selama 20 jam tanpa henti!Hehehe...
Mandi tak di kolam yang cantik tu?