Wacana HSKU 2007
Selepas Majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, setiap tahun (kecuali tahun lepas) biasanya akan diadakan Wacana HSKU. Ia semacam bengkel penulisan tetapi bukanlah mengajar teknik-teknik penulisan yang asas. Wacana ini lebih kepada penulis yang sudah menguasai asas penulisan dan mahu memajukan diri dalam aspek pengisian karya.
Di sini peserta dapat melihat dan membandingkan antara karya sastera dan karya pop, misalnya. Apakah yang dimaksudkan dengan karya-karya tersebut? Di sinilah peserta dapat menambah pengetahuan tentang aspek penulisan bukan sahaja dari segi teknik tetapi dari sudut yang lebih luas.
Kepada yang berminat untuk menghantar manuskrip bagi novel remaja HSKU, di sini jugalah medannya. Sebagai peserta, kita akan dimaklumkan manuskrip bagaimanakah yang dicari-cari oleh penganjur dan bagaimana menarik perhatian panel hakim.
WACANA
HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2007
___________________
Pada 11 Ogos 2007
Di Bilik Aseana 4, Quality Hotel City Centre,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Objektif
Berusaha memperkukuh sarana para penulis untuk berkarya secara strategis, di samping menjadi medan kepada penulis/editor untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.
Atur Cara
08.00 pagi : Pendaftaran
08.30 pagi : Sesi 1
“Ilmu Logik sebagai Alat untuk Menjernihkan Pemikiran”,
Dr. Amida @ Hamidah Abdulhamid (Anis)
10.00 pagi : Minum pagi
10.30 pagi : Sambungan Sesi 1
12.00 tghr : Makan tengah hari/solat
02.00 ptg : Sesi 2
“Bahasa Visual dalam Seni Tampak : Suatu Inspirasi kepada Seni Sastera”
Prof. Madya Dr. Dzul Haimi Md Zain
04.00 ptg : Sesi 3
Bersama Editor : “Pencarian Karya Unggul”, Puan Nor Azah Abd Aziz
05.30 ptg : Minum petang/bersurai
Latar Belakang Panel
- Dr. Amida @ Hamidah Abdulhamid (Anis)
- pakar ilmu logik dan falsafah
- karyawan/pengkaji sastera
- pensyarah di Fakulti Sains dan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
- Prof. Madya Dr. Dzul Haimi Md Zain
- pakar sejarah seni Islam
- penulis buku dan makalah ilmiah berkaitan seni tampak dan seni Melayu, di peringkat tempatan dan antarabangsa
- pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM
- Puan Nor Azah Abd Aziz
- berpengalaman menangani Hadiah Sastera Kumpulan Utusan selama 14 tahun
- terlibat dalam aktiviti bimbingan dan motivasi penulisan menerusi bengkel dan kursus anjuran agensi kerajaan, swasta dan persatuan penulis
- Editor Kanan, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Penyertaan
- Terbuka kepada sesiapa yang berminat, tetapi tempat terhad (maksimum 35 orang sahaja)
- Yuran penyertaan : RM90.00, termasuk makan minum serta bahan edaran
- Tarikh : 11 Ogos 2007 (Sabtu)
- Tempat : Bilik Aseana 4, Quality Hotel City Centre, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Tempahan/Pertanyaan
Sila hubungi: 03-9285 6577 (samb. 249) Encik Mohd Rozlan Mohamed Noor atau (samb. 245) Puan Nor Azah Abd Aziz
Ulasan