Kreatif! Kreatif!

Sewaktu membuat beberapa singgahan di laman rakan-rakan bloggers, saya sampai ke blog Ted Mahsun. Ini kisah entri menarik yang saya mahu panjangkan di sini.

Bilakah agaknya, penerbit-penerbit kita boleh jadi sekreatif ini. Gambar di atas diambil dari laman Tank Books.

Ini suatu usaha kreatif bagi menjual karya-karya klasik dalam bentuk seperti sebuah kotak rokok. Saya fikir ramai yang akan tertarik untuk membeli buku ini sebagai hadiah. Kalau pun bukan untuk dibaca, saya percaya orang tetap akan beli untuk buat koleksi.

Penerbit kita juga patut fikirkan cara-cara sebegini. Kalau tak suka kotak rokok, boleh saja guna bentuk lain. Kotak mancis? :-)

Di manalah agaknya saya boleh beli buku-buku comel itu?

Ulasan

Catatan Popular