Berkongsi Hadiah Ulang Tahun
Seperti yang pernah saya tulis dalam beberapa entri terdahulu, saya akan membeli sebuah buku untuk mengabadikan satu-satu tarikh. Sebagai contoh, saya pernah membeli senaskhah Al-Quran Mashaf Malaysia di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu ketika pergi meminang bakal adik ipar ketika itu. Pada bahagian dalamnya, saya catatkan peristiwa sempenanya.
Jadi, setiap kali buku itu saya buku itu saya buku semula, dapatlah catatan itu mengembalikan kenangan tersebut. Catatan pada buku menjadikan buku tersebut tambah bermakna.
Baru-baru ini, ulang tahun perkahwinan kami yang ke VIII. Kali ini, kami dapat hadiah istimewa. Kami saling memberi hadiah. Cuma, kami memilih untuk berkongsi satu hadiah. Kami dapatkan sebuah buku, sama-sama tandatangan dan hadiahkan sebuah buku yang sama itu kepada kami.
Buku Selera Perdana ini istimewa kerana kami dapat membelinya dari tangan salah seorang penulisnya - Datin Habibah Yahaya. Isi kandungannya juga istimewa. Bukan sekadar buku resipi biasa. Ada sejarah, biografi 4 Perdana Menteri, ada sudut pandangan orang penting dalam penyediaan makanan di kediaman Perdana Menteri. Paling menarik, ini bukan buku politik, tetapi hakikat bahawa Perdana Menteri juga orang biasa yang punya kegemaran masakan dan makanan yang tersendiri.
Buku berkulit keras edisi mewah / sesuai untuk coffee table ini, resipinya juga mudah dan boleh diselongkar bahan-bahannya. Tidaklah seperti buku resipi (misalnya, Chef Wan) yang menggunakan bahan-bahan yang susah tumbuh di halaman rumah.
Paling penting, ada catatan / tandatangan kami untuk tujuan tersebut.
Ulang tahun datang dan pergi, tetapi catatan tersebut tetap abadi.
p/s : Oleh sebab buku ini menarik, ia menjadi pilihan di Ujana Ilmu. Boleh dapatkan buku tersebut secara online di sana!
Ulasan
puan annyss& encik syukri.
:-)
Sekadar bertanya!
Mundarmandir,
Seorang pencinta dan penikmat buku tidak akan pernah bosan jika menerima buku sebagai hadiah, walaupun dia pernah menerima buku yang sama ataupun dia pernah ada buku itu. Yang penting ialah orang yang memberinya hadiah itu prihatin terhadap minatnya dan telah berusaha untuk mendapatkan sebuah buku yang dijangka terbaik untuknya.
Percayalah, hadiah tersebut akan tetap dihargai.
p/s : Saya rela menerima sebuah buku yang saya sudah ada, berbanding sebuah 'kayu buruk' (baca : cenderamata daripada kayu, plastik yang hanya layak duduk kaku di atas meja hiasan sekadar mengumpul habuk).
Buat pencinta buku, idea sebegini terasa sangat romantisnya!!!
Ilmu dalam buku terakam kukuh... Mudah-mudahan, begitu juga kasih sayang dalam mahligai, insyaAllah...
Selamat Ulangtahun Perkahwinan :)
Wassalam.
bagus juga idea berkongsi hadiah begitu yer..\rasa mcm nak buat juga untuk ulangtahun perkahwinan saya tahun ni. Insyallah
Zaman remaja dulu saya mesti beri hadiah buku pada teman-teman sempena hari lahir mereka. Lepas itu kalau saya ke majlis perkahwinan rakan-rakan juga saya suka beri hadiah buku terutama novel. zaman saya nak bernikah dulu saya ditanya nak periuk nasi ke slow cooker. Saya jawap pd rakan yang himpun duit simpanan tu, saya nak tafsir al-Quran yang tebal. kalau dah lebih baru beli rice cooker. masa tu umur saya 24 tahun...kini rumah dan tempat kerja saya bertimbun dengan buku. Sampai ada satu hari kaki saya berdarah ditimpa dek buku yang baru saya beli...
Zaman remaja dulu saya mesti beri hadiah buku pada teman-teman sempena hari lahir mereka. Lepas itu kalau saya ke majlis perkahwinan rakan-rakan juga saya suka beri hadiah buku terutama novel. zaman saya nak bernikah dulu saya ditanya nak periuk nasi ke slow cooker. Saya jawap pd rakan yang himpun duit simpanan tu, saya nak tafsir al-Quran yang tebal. kalau dah lebih baru beli rice cooker. masa tu umur saya 24 tahun...kini rumah dan tempat kerja saya bertimbun dengan buku. Sampai ada satu hari kaki saya berdarah ditimpa dek buku yang baru saya beli...