Karya yang dikehendaki Mingguan Malaysia
Apabila mengendalikan bengkel-bengkel penulisan, antara soalan yang kerap ditanya ialah, karya yang bagaimana yang boleh diterbitkan di akhbar dan majalah. Secara peribadi, tentu sukar untuk menjawab soalan ini. Apatah lagi, saya bukannya editor yang bertugas di mana-mana media.
Saya hanya boleh memberikan beberapa pendapat berdasarkan pengalaman menulis sejak sekian lama. Pun, pendapat tersebut sesekali masih boleh disangkal memandangkan 'selera' dan kehendak editor kemungkinan berubah bergantung kepada kehendak media berkenaan. Saya percaya catatan (yang juga merupakan sebuah kertas kerja yang pernah dibentangkan) di bawa ini dapat menjawab banyak persoalan yang bermain-main di fikiran pengarang (baharu ataupun kawakan). Memahami kehendak wadah dan juga pihak editorial tidak kurang pentingnya untuk mendapat tempat di media, khususnya apabila setiap pengarang itu bersaing bagi mendapatkan ruang.
Berikut, saya petik sebahagian daripada catatan Sdr. Kuseman (Penolong Editor Mingguan Malaysia). Sila baca artikel penuhnya di laman beliau.
Baca lanjut di sini.
Foto Kuseman diambil di sini.
* Tulisan yang ditebalkan adalah penekanan Nisah Haron Online. Harap maklum.
.

"Maka apabila karya-karya tidak disiarkan, tidak kiralah di penerbitan mana sekali pun, ia sama sekali bukan semata-mata kerana mutu karya saudara yang tidak mencapai tahap. Kerana itu jangan sama sekali merasa kecewa dan menganggap karya yang tidak disiarkan sebagai sub standard bagi editor yang membuat pemilihan. Memanglah dalam jumlah yang banyak itu, banyak juga yang sub standard dan tidak layak disiarkan. Ini bukanlah kenyataan yang luar biasa....
Penting juga saudara tahu di mana karya saudara hendak dihantar? Setiap penerbitan mempunyai kriteria tidak rasmi yang berbeza. Ini bukanlah garis panduan. Sebaliknya semuanya bertolak daripada siapakah khalayak penerbitan berkenaan. Ini juga ada kaitan dengan consumer cultural atau budaya kepenggunaan.
Pengguna Mingguan Malaysia tentu saja berbeza dengan majalah URTV yang berorientasi hiburan dan khalayaknya remaja. Ini bukan kerana karya yang baik atau tidak baik. Tapi yang sesuai dan tidak sesuai. Pengguna (pembaca) Mingguan Malaysia pula tentu berbeza dengan Dewan Sastera. Saya dan juga saudara wajar realistik dengan keadaan ini. Saya kena kenal siapa pembaca akhbar saya. Saudara juga kena kenal siapa khalayak saudara."
"Ada penulis bertanya kepada saya adakah Mingguan Malaysia tidak menerima cerpen-cerpen kabur atau absurd? Saya berkata kepada penulis berkenaan kabur atau tidak bukan masalah bagi saya. Sama ada cerpen yang eksperimental atau konvensional, saya tetap percaya kepada seni bercerita. Buatlah eksperimental yang melanggar semua hukum hakam cerpen konvensional asalkan ada seni bercerita.
Tapi wajar diingat, menjadi sasterawan escapist tidak banyak faedahnya kepada masyarakat. Menjadi sasterawan sinis dan defeatist juga tidak menguntungkan diri sendiri. Ini kerana sastera hanya boleh difahami oleh segelintir khalayak akan menjadikan sastera itu elitis dan tanpa tunjang.
Selebihnya masalah saya adalah cerpen eksperimental yang sebenar-benarnya eksperimen. Baru cuba-cuba. Ada sesetengah cerpen yang sampai ke tangan saya sangat eksperimental tapi saya dapat mengagak bahawa penulis itu tidak terlebih dahulu menguasai seni bercerita konvensional."
Baca lanjut di sini.
Foto Kuseman diambil di sini.
* Tulisan yang ditebalkan adalah penekanan Nisah Haron Online. Harap maklum.
.
.
Ulasan
Ya, saya cuba membentangkan isu ini sampena Perhimpunan Penulis Muda di Melaka nanti. Kak Nisah datang?
untung betul ada panduan begini. saya dulu main hentam saja hantar. nak tanya, tak tau nak tanya siapa. tapi bagi saya editor dbp dan mingguna memang tak ada sikap pilih kasih. walaupun saya bukan penulis (kalau boleh dianggap penulis) mereka siarkan juga.