Komen Pengasas Gagasan Persuratan Baru

Menerima e-mel daripada pengasas Gagasan Persuratan Baru yang sering mencetuskan kontroversi di kalangan sasterawan dan kritikus di Malaysia yang kandungannya dengan jelas menerangkan maksud :
"Assalamu 'alaykum Puan Nisah,

Terima kasih banyak kerana sudi menghadiahkan buku Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen. Saya sudah baca beberapa buah cerita pendek. Kesan yang saya dapat amat menggembirakan. Jelas sekali terdapat perbezaan yang cukup ketara antara karya sastera yang ditulis oleh para sasterawan dengan karya yang ditulis oleh teman-teman Puan. Menurut Panel Anugerah Sastera Negara, karya sasterawan negara hebat kerana tidak mempunyai matlamat tertentu, tidak mempunyai tema tertentu, tidak ada "khutbah", tidak ada ajaran moral dan sebagainya. (Rujuk Laporan 1985).

Ini berbeza dengan cerita pendek dalam buku ini. Di sini cukup jelas apa yang hendak dibicarakan oleh penulis; dan yang paling menyeronokkan bagi saya ialah mereka berfikir sambil bercerita; sedangkan para sasterawan selalunya bercerita dan memaparkan saja peristiwa dalam karya mereka. Dengan itu saya fikir andaian Panel Anugerah Sastera Negara itu nampaknya tidak terdapat di sini. Dari karya Nasruddin Dasuki, Mawar, Salina Ibrahim, Nisah, hingga Faisal, dan yang lain-lain, jelas apa yang mereka ingin ketengahkan, dan mereka cukup komited kepada persoalan yang dikemukakan."

Terima kasih.

Mohd. Affandi Hassan

Buku ini boleh dipesan secara langsung dari Ujana Ilmu.

Judul : Bagaimana Saya Menulis : Proses Penciptaan Cerpen
Penyusun : Mawar Safei & Nisah Haji Haron
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Kumpulan Cerpen & Esei Proses Kreatif
Mukasurat : 350 halaman
Cetakan Pertama : 2011
Harga : RM25 (harga tidak termasuk kos penghantaran)

KANDUNGAN
Pengenalan

1. Aminah Mokhtar
  • Ya Allah Dia Menangis
  • Proses Kreatif "Ya Allah Dia Menangis"
2. Faisal Tehrani
  • Perlak Emak
  • "Perlak Emak": Sebuah Kisah Kreativiti Taman Melayu
3. Jais Sahok
  • Jiji - Moga-moga Kau Mendengar
  • Proses Kreatif Penghasilan Cerpen "Jiji - Moga-moga Kau Mendengar"
4. Kamariah Kamaruddin
  • Tentang Hijab
  • Bagaimana "Hijab" Terhasil
5. Maskiah Masrom
  • Nyanyi Sunyi
  • Proses Kreatif Cerpen "Nyanyi Sunyi"
6. Mawar Safei
  • Dia dari Penjuru Tahun Lalu
  • Proses Kreatif "Dia dari Penjuru Tahun Lalu"
7. Mohd Nazmi Yaakub
  • Selirat Derita Pun Terurai
  • Proses Kreatif "Selirat Derita Pun Terurai"
8. Muhd Nasruddin Dasuki
  • Kelekatu Bersayap Ungu
  • Proses Kreatif "Kelekatu Bersayap Ungu"
9. Nisah Haji Haron
  • Pusaka Cendana
  • Ilham dan Cetusan Menulis "Pusaka Cendana"
10. Rahimidin Zahari
  • Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih
  • Proses Kreatif "Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih"
11. S.M. Zakir
  • Cerita untuk Teman-teman
  • Menulis Adalah Permainan Silap Mata
12. Saharil Hasrin Sanin
  • Air Mata Orang Kaya
  • Penulis Adalah Penipu: Proses Penciptaan Cerpen "Air Mata Orang Kaya"
13. Salina Ibrahim
  • Imam
  • "Imam" Suatu Terapi Diri
14. Samsiah Mohd. Nor
  • Lazuardi
  • Proses Kreatif "Lazuardi": Kolaborasi Catatan Tiga Pengalaman
15. Siti Jasmina Ibrahim
  • Kelir
  • Bagaimana Saya Menulis (Proses) -Cerpen "Kelir"
16. Siti Raihani Mohd. Saaid
  • Seniman Rajemee
  • Proses Kreatif "Seniman Rajemee"
17. Zaid Akhtar
  • Pendedahan
  • "Pendedahan" antara Intertekstual dengan Isu Semasa (Menyorot Satu Lagi Sisi Hang Tuah)
Biodata Penulis

Buku ini boleh dipesan secara langsung dari Ujana Ilmu.

Ulasan

Unknown berkata…
Assalamualaikum Kak Nisah,

Keseronokan membaca cerpen-cerpen dalam buku ini berbeza rasanya kerana pembaca diberitahu mengapa cerpen-cerpen itu ditulis. Saya berterima kasih kerana ia diterbitkan. Sekarang saya sedang menunggu vol. ke dua pula dari Kak Nisah dan Dr. Mawar.
Nisah Haji Haron berkata…
Norziati, terima kasih.

Salleh, terima kasih atas pandangan dan sokongan. Insya-Allah, kami memang dalam usaha untuk menghimpunkan jilid kedua. Mudah-mudahan usaha kami dipermudahkan.

Catatan Popular