Isaac Asimov
Mungkin lebih ramai yang menonton filem I,Robot lakonan Will Smith berbanding membaca novelnya tulisan Isaac Asimov. Saya turut menyenangi filem Bicentennial Man lakonan Robin Williams dan Sam Neil berbanding versi bukunya yang ditulis pengarang yang sama.
Peribadi, saya lebih meminati karya-karya fantasi berbanding fiksyen sains. Asimov adalah 'raja' kepada penulisan fiksyen sains selain Robert A. Heinlein (Starship Troopers) dan Frank Herbert (Dune). Saya juga tidak kata fantasi lebih menarik dari fiksyen sains. Itu sangat tidak adil. Punca saya lebih menyenangi fantasi berbanding fiksyen sains hanya kerana pendedahan awal saya bermula dengan karya-karya fantasi tulisan David Eddings (siri Belgariad, Maloreon, Elenium dan lain-lain) dan juga Ahmad Patria Abdullah (siri Saga Artakusiad). Lama selepas itu, barulah saya menguliti Tolkien (Lord of the Rings).
Namun, itu tidak bermakna saya tidak membaca apa-apa mengenai pengarang-pengarang fiksyen sains ini. Saya gemar membaca proses kreatif pengarang walaupun saya mungkin tidak membaca karya-karyanya atas sebab-sebab tertentu.
Misalnya, saya kini menguliti It's Been A Good Life - sebuah memoir Isaac Asimov kerana terkesan selepas membaca Yours, Isaac Asimov (suntingan Stanley Asimov). Saya amat-amat menyenangi kedua-dua buku ini kerana suka dengan bahasa Asimov yang jelas, sinis lagi sarkastik! Pada saya manusia yang sarkastik ini mempunyai satu kaedah berfikir yang berbeza dengan manusia yang berfikiran langsung lagi sehala. Manusia sarkastik ini seperti juga mereka yang menggemari jenaka di dalam bahasa Inggeris (jenaka melayu ala Raja Lawak, sangat menyedihkan) atau pantun-pantun Melayu lama yang penuh dengan brevity and wit.
Yours, Isaac Asimov saya pinjam melalui rakan Goodreads - Bunnybaby setelah saya gagal membelinya dari Kinokuniya. Wah, memang tak puas membaca sekali! Buku ini ialah himpunan surat-surat Asimov kepada pihak tertentu seperti editor, peminat, pihak penganjur majlis dan sebagainya. Satu perangai Asimov yang dinyatakan di dalam buku ini ialah dia akan membalas setiap satu surat yang dikirimkan kepadanya. Kebanyakan surat-suratnya ringkas, padat dan jitu - juga tentunya sarkastik kepada pengirim yang 'tak reti bahasa'.
Ini balasannya kepada seorang pembaca muda dari luar negara :
Apabila ditanya bagaimana dia menangani stress, ini jawapannya :
Dalam surat lain, dia menyebut :
Oleh sebab tak puas membacanya sekali dan mahu berguling-guling dengan buku ini, mahu menanda, menconteng dan menggarisbawahi bahagian-bahagian yang penting, saya cari juga buku ini di tempat lain. (Saya tidak akan menconteng buku yang dipinjam, sama ada buku itu milik kawan atau pun milik perpustakaan). Biasanya saya akan pesan dari Amazon tetapi dalam masa yang sama, saya mencari biografi atau memoir Asimov supaya saya boleh baca kisahnya lebih lanjut.
Lalu, saya menjumpai It's Been a Good Life edisi kulit keras dari Book Depository. Tanpa bertangguh lagi, saya memesan kedua-duanya.
Asimov, yang tidak pernah saya hadam walau sebuah pun karyanya ini sedang saya jadikan idola dari segi kepengarangannya. Dia tidak suka meninggalkan kamar kerja untuk tujuan-tujuan yang boleh mengambil waktunya menulis. Dia cukup tidak suka mengembara kerana nikmat dunia baginya ialah membaca dan menulis. Apabila ditanya tentang hobinya, jawapannya tetap menulis. Hidupnya tidak pernah lengkap tanpa menulis.
Sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1992, Asimov telah menghasilkan lebih 400 buah buku termasuk fiksyen dan bukan fiksyen, cerita-cerita pendek, esei dan limericks.

Your letter arrived today, even though it was only addressed "Isaac Asimov, well-know writer, USA." I didn't know that the U.S. Post Office knew me so well.
Apabila ditanya bagaimana dia menangani stress, ini jawapannya :
I have no mental exercises to relieve stress. Where my writing is concerned, I never feel stress. Where my non-writing is concerned and stress is coming on, I sit down and write. And then there is no stress.Asimov sangat menyukai namanya sendiri dan berasa jengkel (saya fikir ramai yang begitu, saya juga) apabila namanya dieja salah :
I am curious to know how you can have taught science fiction for eight years with some attention to my work - without having learned to spell my name correctly.
Dalam surat lain, dia menyebut :
My name, with its correct spelling, gets a great deal of exposure. People who misspell it therefore, are either terribly nearsighted or thoughtless or simply don't care about me.
Oleh sebab tak puas membacanya sekali dan mahu berguling-guling dengan buku ini, mahu menanda, menconteng dan menggarisbawahi bahagian-bahagian yang penting, saya cari juga buku ini di tempat lain. (Saya tidak akan menconteng buku yang dipinjam, sama ada buku itu milik kawan atau pun milik perpustakaan). Biasanya saya akan pesan dari Amazon tetapi dalam masa yang sama, saya mencari biografi atau memoir Asimov supaya saya boleh baca kisahnya lebih lanjut.
Lalu, saya menjumpai It's Been a Good Life edisi kulit keras dari Book Depository. Tanpa bertangguh lagi, saya memesan kedua-duanya.
Asimov, yang tidak pernah saya hadam walau sebuah pun karyanya ini sedang saya jadikan idola dari segi kepengarangannya. Dia tidak suka meninggalkan kamar kerja untuk tujuan-tujuan yang boleh mengambil waktunya menulis. Dia cukup tidak suka mengembara kerana nikmat dunia baginya ialah membaca dan menulis. Apabila ditanya tentang hobinya, jawapannya tetap menulis. Hidupnya tidak pernah lengkap tanpa menulis.
Sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1992, Asimov telah menghasilkan lebih 400 buah buku termasuk fiksyen dan bukan fiksyen, cerita-cerita pendek, esei dan limericks.
Ulasan
Ia mengingatkan saya kepada kepengarangan John Grisham iaitu sarkastiknya begitu menghiburkan.
Kalau nak pinjam, boleh saja. Nampaknya buku ini tiada di Kino atau MPH.
Tetapi setelah membaca 'On Writing' tulisan mr. king, saya tercari-cari pula buku sebegini. (tetapi maaf cakap, separa biografi 'karya nan indah' tidak begitu melekat di jiwa saya)
Bagi buku yang tiada di Kino, kita boleh email kepada mereka. Jadi saya akan cuba email kepada mereka berkenaan buku ini.
Thanks kak nisah.
Dahulu saya juga tidak menyukai buku-buku biografi, autobiografi atau memoir. Mungkin kerana pertambahan usia, buku-buku begini lebih dekat dengan jiwa.
Saya tak fikir "Karya Nan Indah" ialah buku biografi (atau separa), buku itu telah disesuaikan daripada modul pengajaran kelas penulisan kreatif dengan setiap pengajarnya memasukkan pengalaman dan contoh sendiri. Barangkali, buku tersebut tidak 'melekat di jiwa'.
Namun, di Malaysia, kita masih lagi kekurangan buku-buku panduan penulisan beredar dengan luas dan baik. Doakan saya juga sempat menulis sebuah buku demikian.