Buku @ Perabot
Buku adalah sesuatu yang mesti dihormati. Saya tidak suka melipat hujung buku (dog-ear) untuk menandakan halaman yang sedang dibaca. Adakalanya, saya guna penanda buku dan selalunya saya hanya menghafal nombor muka surat yang terakhir dibaca sebelum menutup buku itu.
Saya juga tidak boleh tengok buku yang dipijak atau didudukkan sewenang-wenangnya - walaupun oleh anak-anak yang belum reti bahasa. Lantas, 'dosa besar' terhadap buku ialah pijak buku (sambil melompat-lompat di atasnya dengan gembira) dan duduk di atas buku adalah perbuatan yang tidak beradab. Anak-anak dididik supaya menyusun buku dan menyimpan di tempat yang sepatutnya selepas dibaca.
Kepada yang belum reti bahasa atau belum mumaiyiz, bimbingannya bersifat berterusan serta mengikut contoh tauladan.
Namun, kalau teringin benar mahu duduk di atas buku, silalah dapatkan perabot seperti yang ditunjukkan di dalam gambar-gambar di bawah ini. Jika ada perabot ini dijual di Malaysia, sila maklumkan kepada saya kerana inilah rupa perabot yang sangat sesuai dengan tema buku di rumah.
Sangat teringin untuk mendapatkan ruang rehat seperti di dalam gambar di bawah :
p/s : berangan-angan mahal masih lagi percuma!

sumber : http://www.bigcozybooks.com Ruang membaca santai sebuah perpustakaa di Amerika Syarikat |
sumber : http://www.bigcozybooks.com Tentunya kalau dapat ditempah di Malaysia, judul buku pada spine boleh dijadikan judul berbahasa Melayu |
sumber : http://www.bigcozybooks.com Membayangkan perpustakaan awam menggunakan kerusi / sofa sebegini. |
sumber : http://www.bigcozybooks.com Seperti "Graha Jentayu", saya membayangkan kedai buku fizikal yang mahu saya miliki mempunyai konsep santai dan ada ruang bercerita seperti ini |
sumber : http://www.bigcozybooks.com Hiasan dinding yang menggunakan tema buku |
Ulasan