Buku @ Perabot

Buku adalah sesuatu yang mesti dihormati. Saya tidak suka melipat hujung buku (dog-ear) untuk menandakan halaman yang sedang dibaca. Adakalanya, saya guna penanda buku dan selalunya saya hanya menghafal nombor muka surat yang terakhir dibaca sebelum menutup buku itu.

Saya juga tidak boleh tengok buku yang dipijak atau didudukkan sewenang-wenangnya - walaupun oleh anak-anak yang belum reti bahasa. Lantas, 'dosa besar' terhadap buku ialah pijak buku (sambil melompat-lompat di atasnya dengan gembira) dan duduk di atas buku adalah perbuatan yang tidak beradab. Anak-anak dididik supaya menyusun buku dan menyimpan di tempat yang sepatutnya selepas dibaca.

Kepada yang belum reti bahasa atau belum mumaiyiz, bimbingannya bersifat berterusan serta mengikut contoh tauladan.

Namun, kalau teringin benar mahu duduk di atas buku, silalah dapatkan perabot seperti yang ditunjukkan di dalam gambar-gambar di bawah ini. Jika ada perabot ini dijual di Malaysia, sila maklumkan kepada saya kerana inilah rupa perabot yang sangat sesuai dengan tema buku di rumah.


Sangat teringin untuk mendapatkan ruang rehat seperti di dalam gambar di bawah :

 sumber : http://www.bigcozybooks.com
Ruang membaca santai sebuah perpustakaa
di Amerika Syarikat

 
sumber : http://www.bigcozybooks.com
Tentunya kalau dapat ditempah di Malaysia,
judul buku pada spine boleh dijadikan
judul berbahasa Melayu


sumber : http://www.bigcozybooks.com
Membayangkan perpustakaan awam menggunakan
kerusi / sofa sebegini.
 

sumber : http://www.bigcozybooks.com
Seperti "Graha Jentayu", saya membayangkan kedai buku fizikal
yang mahu saya miliki mempunyai konsep santai dan ada
ruang bercerita seperti ini


sumber : http://www.bigcozybooks.com
Hiasan dinding yang menggunakan tema buku
p/s : berangan-angan mahal masih lagi percuma!


Ulasan

Najwa Najihah berkata…
Saya sangat setuju dan teruja dengan entri Kak Nisah pada kali ini. Selain fokus kepada penjagaan buku dan cara mendidik anak-anak kecil agar menghargai serta menghormati nilai buku, saya terpaut pada perabot yang unik ini! Alangkah gembiranya jika dapat dimiliki. Mungkin jika 'Graha Jentayu' benar-benar wujud, pasti jemu tiada dalam ruang hidup saya. ^_^
WanRafar berkata…
Betul, buku adalah sesuatu yang harus dihormati dan disayangi, dijaga dan disimpan dengan baik. Saya juga tidak suka melipat hujung halaman untuk menanda tempat yang dibaca. Suatu masa dulu saya selalu membalut buku saya dengan plastik. Saya pernah membeli naskhah lain untuk mengganti naskhah yang rosak.

Catatan Popular