Kembara Sastera 22 : Dublin Bhg. 4
Dublin Writers Museum bukanlah tersorok, tetapi bangunannya yang bersambung dan senada dengan bangunan-bangunan lain di Dublin menyebabkan kedudukannya seperti tersembunyi.
Mungkin ada yang pernah mendengar tentang "Dublin Doors". Pintu-pintu rumah di Dublin yang sama tetapi dibezakan oleh warna-warna tertentu. Gaya seni bina Georgian yang mendominasi pintu-pintu rumah di Dublin ini menjadikan pintu utama Dublin Writers Museum juga tidak terkecuali.
Saya merenung pintu masuknya dari seberang jalan. Rasa teruja dan saspens berbaur dalam satu masa. Masih ada rasa tidak percaya bahawa saya sudah sampai ke tempat yang hanya saya baca di internet sahaja. Dan, beberapa saat lagi saya akan melangkah masuk dan menjelajah setiap inci muzium ini. Namun, pada saat itu, saya seperti mahu menyimpan imej dan kenangan berada di hadapan muzium itu di dalam fikiran selain menikmati saat itu sendiri!
Alhamdulillah, saya sudah temui satu lagi tempat penting yang dicatatkan dalam rangka perjalanan. Inilah bandar yang meraikan sastera dan penulis. Dengan rasa tidak sabar, saya mahu melangkah masuk tetapi dalam masa yang sama saya mahu menikmati setiap langkah yang saya lakukan.
Pastinya, mesti banyak bergambar di hadapan muzium ini. Ainun yang menemani saya pada setiap langkah perjalanan ini juga menjadi jurufoto rasmi sepanjang masa saya di Dublin ini.
Ada dua segmen menarik pada pintu masuk Dublin Writers Museum ini selain antipasi untuk 'bertemu' dengan para penulis yang diabadikan di dalamnya : di sini juga ada restoran yang dinamakan Chapter One Restaurant dan kedai buku yang dinamakan Volume Bookshop. Kedua-duanya memberikan nuansa kepada sisi kesusasteraan dan kepengarangan kepada tempat ini.
Langkah # 1 - Membeli tiket masuk. Ya, tempat ini bukan percuma. Muzium ini berbayar dengan kadar 7.50 Euro (dewasa). Boleh juga beli tiket '2 dalam 1'. Bayar 11.50 Euro dan dapat masuk 1 tempat yang lain selain Dublin Writers Museum. Boleh pilih sama ada mahu ke James Joyce Museum atau The Shaw Birthplace, atau Malahide Castle.
Langkah # 2 - Setiap pengunjung diberikan alat digital audio tour seperti gambar di sebelah. (Nota : ini bukanlah alat yang sebenar. Imejnya diambil daripada "Titanic Museum"). Soalan pertama yang timbul ketika diberikan alat ini ialah bagaimana menggunakannya?
Langkah # 3 - Saya perempuan. Apa-apa hal, baca manual dulu. (Dalam hal ini, dengar manual dulu). Disediakan satu butang untuk mendengar cara menggunakan alat ini. Fungsinya seperti sebuah telefon. Namanya pun 'audio'. Jadi, letak di telinga dan bukan pada mana-mana anggota badan yang lain!
Langkah # 4 - Dublin Writers Museum ada bilik-bilik yang mempamerkan barang-barang peribadi penulis selain memperkenalkan sejarah penulis-penulisnya. Pada setiap pameran diberikan nombor khusus. Jika mahu dengar tentang Jonathan Swift, misalnya, lihatlah nombor di bawah gambar penulis itu. Kemudian tekan nombor yang sama pada alat digital audio tour. Ada audio yang akan menerangkan setiap ekshibit.
Alat ini juga membuatkan pengunjung mendapat penerangan mengikut tempo dan tempoh yang sesuai. Ada orang mahu dengar dengan cepat, jadi boleh skip pada bahagian penulis yang tidak diminati. Ada yang mahu dengar penerangannya beberapa kali, boleh tekan butang yang sama berkali-kali.
Boleh berada di dalam muzium ini sehari suntuk jika mahu dengan kadar bayaran yang sama dan mendengar audio ini berulang-ulang kali.
Nah, pada saya ini pelaburan yang disifatkan one-time investment pada alat sedemikian. Tidak perlu bayar gaji pada jurupandu muzium yang harus beri penerangan berulang-ulang.
Ada apa dalam Dublin Writers Museum ini?
Semuanya tentang penulis yang berasal dari Ireland atau dikenali sebagai The Irish Writers. Peribadi, saya pukul rata sahaja semua penulis Inggeris. Saya percaya ada juga antara kita yang tidak pasti sama ada penulis itu dari Amerika Syarikat atau Kepulauan British atau Eropah. Kita sering beranggapan semua penulis berkulit putih itu datang dari satu kawasan yang kita anggap 'penulis kulit putih'. Jarang sekali kita mahu beri segmen tertentu seperti penulis Eropah, British, Irish, Amerika Syarikat, Canada dan sebagainya.
Ketika berada di Dublin Writers Museum ini mata saya lebih terbuka. Baru saya tahu yang kebanyakan penulis yang pernah saya baca karyanya sejak kecil merupakan penulis-penulis Ireland atau The Irish Writers. Kepada yang banyak membaca sastera Inggeris pasti biasa mendengar nama-nama seperti Oscar Wilde, Jonathan Swift, W.B. Yeats, Samuel Backett dan James Joyces. Nama-nama besar ini semuanya orang Irish!
Kepada yang masih tertanya-tanya siapakah mereka ini, selain merujuk kepada pautan yang disediakan pada setiap nama, berikut saya senaraikan karya penting kepada setiap pengarang :
Bahagian dalam muzium ini tidak dapat difoto kerana menghormati hak tempat ini. (Namun, jika anda google dengan menaip nama muzium ini, ada imej yang boleh dilihat; tetapi imej itu biarlah bukan dari blog ini.)
Muzium ini kelihatan kecil, tetapi panjang ke belakang dan ada banyak bilik. Bangunannya dua tingkat dan pada bahagian bawah ditumpukan khusus kepada sejarah kesusasteraan Irish dan penulis-penulis terawalnya. Penerangan dan pamerannya tidak membosankan lebih-lebih lagi dengan bantuan digital audio tour yang dibekalkan kepada setiap pengunjung.
Pada setiap dinding ada gambar penulis, penerangan dan maklumat berkaitan. Ada meja yang dijadikan showcase dan barang-barang peribadi penulis yang dijadikan koleksi muzium ini seperti mesin taip, manuskritp, buku, pen, paip atau cerut (bergantung kepada penulis), pakaian dan sebagainya.
Di tingkat atas, ada disediakan ruang yang luas. Sesuai untuk acara seperti baca naskhah dan diskusi karya. Ruang luas dengan tingkap rendah sehingga hampir mencecah lantai ini memberikan pencahayaan yang baik. Tempat ini juga jadi cukup terang dan saya boleh bayangkan banyak acara sastera yang boleh dimeriahkan oleh tempat ini.
Ruang ini boleh bergambar, lalu saya dan Ainun pun bergilir-gilir mengabadikan kenangan di kawasan ini. Pada dindingnya ada banyak potret penulis dan kepala patung (bust) penulis. Sesiapa sahaja boleh menjadi 'terilham' untuk membaca puisi dan membacakan baris-baris ayat naskhah yang pernah hidup dalam diri masing-masing. Barangkali faktor cahaya dan luas tempat ini serta cara susun aturnya.
Masih ada banyak lagi yang mahu dikisahkan tentang muzium ini. Kami bersantai dan berehat di ruang antara bahagian hadapan muzium dan restoran kecil serta kedai buku di hadapannya. Di ruangan dengan atap lutsinar itu, kami mengambil nafas sebelum meneruskan penerokaan ke bahagian muzium ini yang lain. Khususnya kedai buku yang memerlukan lebih banyak stamina!
Sehingga ke entri yang berikutnya.
Koleksi poskad yang saya beli tentang "Doors of Dublin" yang unik ini |
Saya merenung pintu masuknya dari seberang jalan. Rasa teruja dan saspens berbaur dalam satu masa. Masih ada rasa tidak percaya bahawa saya sudah sampai ke tempat yang hanya saya baca di internet sahaja. Dan, beberapa saat lagi saya akan melangkah masuk dan menjelajah setiap inci muzium ini. Namun, pada saat itu, saya seperti mahu menyimpan imej dan kenangan berada di hadapan muzium itu di dalam fikiran selain menikmati saat itu sendiri!
Alhamdulillah, saya sudah temui satu lagi tempat penting yang dicatatkan dalam rangka perjalanan. Inilah bandar yang meraikan sastera dan penulis. Dengan rasa tidak sabar, saya mahu melangkah masuk tetapi dalam masa yang sama saya mahu menikmati setiap langkah yang saya lakukan.
Pastinya, mesti banyak bergambar di hadapan muzium ini. Ainun yang menemani saya pada setiap langkah perjalanan ini juga menjadi jurufoto rasmi sepanjang masa saya di Dublin ini.
Dua tempat yang saya paling bahagia bergambar : Dublin Writers Museum & Writers Museum (Edinburgh) |
Ada dua segmen menarik pada pintu masuk Dublin Writers Museum ini selain antipasi untuk 'bertemu' dengan para penulis yang diabadikan di dalamnya : di sini juga ada restoran yang dinamakan Chapter One Restaurant dan kedai buku yang dinamakan Volume Bookshop. Kedua-duanya memberikan nuansa kepada sisi kesusasteraan dan kepengarangan kepada tempat ini.
Langkah # 1 - Membeli tiket masuk. Ya, tempat ini bukan percuma. Muzium ini berbayar dengan kadar 7.50 Euro (dewasa). Boleh juga beli tiket '2 dalam 1'. Bayar 11.50 Euro dan dapat masuk 1 tempat yang lain selain Dublin Writers Museum. Boleh pilih sama ada mahu ke James Joyce Museum atau The Shaw Birthplace, atau Malahide Castle.
Langkah # 2 - Setiap pengunjung diberikan alat digital audio tour seperti gambar di sebelah. (Nota : ini bukanlah alat yang sebenar. Imejnya diambil daripada "Titanic Museum"). Soalan pertama yang timbul ketika diberikan alat ini ialah bagaimana menggunakannya?
Langkah # 3 - Saya perempuan. Apa-apa hal, baca manual dulu. (Dalam hal ini, dengar manual dulu). Disediakan satu butang untuk mendengar cara menggunakan alat ini. Fungsinya seperti sebuah telefon. Namanya pun 'audio'. Jadi, letak di telinga dan bukan pada mana-mana anggota badan yang lain!
Langkah # 4 - Dublin Writers Museum ada bilik-bilik yang mempamerkan barang-barang peribadi penulis selain memperkenalkan sejarah penulis-penulisnya. Pada setiap pameran diberikan nombor khusus. Jika mahu dengar tentang Jonathan Swift, misalnya, lihatlah nombor di bawah gambar penulis itu. Kemudian tekan nombor yang sama pada alat digital audio tour. Ada audio yang akan menerangkan setiap ekshibit.
Alat ini juga membuatkan pengunjung mendapat penerangan mengikut tempo dan tempoh yang sesuai. Ada orang mahu dengar dengan cepat, jadi boleh skip pada bahagian penulis yang tidak diminati. Ada yang mahu dengar penerangannya beberapa kali, boleh tekan butang yang sama berkali-kali.
Boleh berada di dalam muzium ini sehari suntuk jika mahu dengan kadar bayaran yang sama dan mendengar audio ini berulang-ulang kali.
Nah, pada saya ini pelaburan yang disifatkan one-time investment pada alat sedemikian. Tidak perlu bayar gaji pada jurupandu muzium yang harus beri penerangan berulang-ulang.
Ada apa dalam Dublin Writers Museum ini?
Semuanya tentang penulis yang berasal dari Ireland atau dikenali sebagai The Irish Writers. Peribadi, saya pukul rata sahaja semua penulis Inggeris. Saya percaya ada juga antara kita yang tidak pasti sama ada penulis itu dari Amerika Syarikat atau Kepulauan British atau Eropah. Kita sering beranggapan semua penulis berkulit putih itu datang dari satu kawasan yang kita anggap 'penulis kulit putih'. Jarang sekali kita mahu beri segmen tertentu seperti penulis Eropah, British, Irish, Amerika Syarikat, Canada dan sebagainya.
Ketika berada di Dublin Writers Museum ini mata saya lebih terbuka. Baru saya tahu yang kebanyakan penulis yang pernah saya baca karyanya sejak kecil merupakan penulis-penulis Ireland atau The Irish Writers. Kepada yang banyak membaca sastera Inggeris pasti biasa mendengar nama-nama seperti Oscar Wilde, Jonathan Swift, W.B. Yeats, Samuel Backett dan James Joyces. Nama-nama besar ini semuanya orang Irish!
Kepada yang masih tertanya-tanya siapakah mereka ini, selain merujuk kepada pautan yang disediakan pada setiap nama, berikut saya senaraikan karya penting kepada setiap pengarang :
- George Bernard Shaw (Penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 1925) - Pygmalion (yang kemudiannya diadaptasi menjadi filem "My Fair Lady"
- Oscar Wilde - Picture of Dorian Gray, The Importance of Being Earnest
- Jonathan Swift - Gulliver's Travels
- William Butler Yeats (Penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 1923) - Penyair, karyanya dihimpunkan dalam "Collected Works of Yeats" dan lain-lain
- Samuel Beckett (Penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 1969) - Waiting for Godot
- James Joyce - Dubliners, A Portrait of the Artist as a Young Man, Exiles and poetry, Ulysses, Finnegans Wake
- Séamus Heaney - (Penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 1995) karyanya terdiri daripada puisi, prosa dan drama
Bahagian dalam muzium ini tidak dapat difoto kerana menghormati hak tempat ini. (Namun, jika anda google dengan menaip nama muzium ini, ada imej yang boleh dilihat; tetapi imej itu biarlah bukan dari blog ini.)
Imej dari laman web : Dublin Writers Museum |
Pada setiap dinding ada gambar penulis, penerangan dan maklumat berkaitan. Ada meja yang dijadikan showcase dan barang-barang peribadi penulis yang dijadikan koleksi muzium ini seperti mesin taip, manuskritp, buku, pen, paip atau cerut (bergantung kepada penulis), pakaian dan sebagainya.
Imej dari laman web : Dublin Writers Museum |
Di tingkat atas, ada disediakan ruang yang luas. Sesuai untuk acara seperti baca naskhah dan diskusi karya. Ruang luas dengan tingkap rendah sehingga hampir mencecah lantai ini memberikan pencahayaan yang baik. Tempat ini juga jadi cukup terang dan saya boleh bayangkan banyak acara sastera yang boleh dimeriahkan oleh tempat ini.
Ruang ini boleh bergambar, lalu saya dan Ainun pun bergilir-gilir mengabadikan kenangan di kawasan ini. Pada dindingnya ada banyak potret penulis dan kepala patung (bust) penulis. Sesiapa sahaja boleh menjadi 'terilham' untuk membaca puisi dan membacakan baris-baris ayat naskhah yang pernah hidup dalam diri masing-masing. Barangkali faktor cahaya dan luas tempat ini serta cara susun aturnya.
Ruang terbuka pada tingkat atas. Menurut laman web Dublin Writers Museum, ruangan ini boleh ditempah untuk acara sastera. |
Tempat ini bukan sekadar muzium. Ada kutub khanah juga! |
Ainun @ blogger Tuan Tanah di ruang santai muzium. Inilah teman saya sepanjang jalan di Dublin. Bahagia mendapat teman yang juga pencinta buku tegar. |
Sehingga ke entri yang berikutnya.
Ulasan