Kembara Sastera 28 : Cambridge Bahagian Akhir
Hal yang mudah tentang Cambridge ialah nama bandarnya Cambridge, universitinya bernama University of Cambridge dan stesen kereta apinya juga bernama hentian Cambridge.
Stesen kereta api Cambridge. Kredit foto : Nisah Haron |
Oleh sebab saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan arah mana yang patut saya tuju, saya memandang-mandang di bahagian luar stesen. Tercangak-cangak juga. Terpandang bas warna merah yang sering kelihatan di mana-mana di U.K. - bas persiaran atau dipanggil juga The Hop On - Hop Off bus. Saya pernah nampak bas yang lebih kurang sama, ketika di Edinburgh. Jadi, rasanya boleh tahu bagaimana bas itu berfungsi. Saya tahu bas ini agak mahal tetapi, ada masanya kos kewangan harus dibandingkan juga dengan kos masa. Saya tidak ada tujuan khusus di Cambridge kecuali melawat kedai buku "Cambridge Bookshop" - itu pun kalau terjumpa. Jadi, menaiki bas ini merupakan antara pilihan terbaik buat saya.
Untuk menaiki bas ini, pelancong harus membayar £13 (ada kadar yang berbeza untuk kanak-kanak, warga tua juga untuk yang datang sekeluarga). Tiketnya sah selama 24 jam. Ada 20 perhentian. Boleh naik dari mana-mana perhentian dan turun di mana-mana perhentian. Mahu pusing berkali-kali tanpa henti juga tiada masalah. Bas terakhir sekitar 4.30 - 5.30 petang (bergantung naik dari perhentian yang mana).
Sila klik pada peta untuk melihat imej yang lebih jelas |
Sedang mencuba earphone dengan wayar warna merah |
Laluan berikutnya selepas stesen kereta api, ialah "Cambridge University Botanic Garden" dan kemudian melalui Fitzwilliam Museum. Teringin juga hendak turun tetapi saya tahu kalau berhenti di mana-mana muzium, alamat sampai petang pun saya boleh saja berada di situ. Jadi, untuk pusingan pertama, saya memutuskan untuk mengikut sahaja laluan bas ini sehingga sampai ke Stesen Cambridge semula.
Setelah melengkapkan pusingan, barulah saya pusing lagi dan memilih tempat untuk berhenti dan turun.
Nama asal Cambridge dikatakan berasal daripada nama sungai yang melingkari kawasan ini iaitu Sungai Cam. Oleh sebab sungai ini panjang (lebih kurang 60km dari Cambridge ke laut), ada banyak jambatan (bridge) yang terbina untuk menghubungkan laluan. Antara jambatan yang boleh disenaraikan di sini (bukan semuanya) ialah :
Bridges over the River Cam (south to north)
Mathematical Bridge (sumber di sini) |
- Footbridge, Coe Fen
- Fen Causeway Bridge
- Crusoe Bridge
- Darwin College Bridges
- Silver Street Bridge (1958)
- Mathematical Bridge, Queens' College (1902)
- King's College Bridge (1819)
- Clare College Bridge (1640)
- Garret Hostel Bridge (1960)
- Trinity College Bridge (1764)
- Kitchen Bridge, St John's College (1709-11)
- Bridge of Sighs, St John's College (1831)
- Magdalene Bridge (1823)
- Jesus Lock footbridge (1892)
- Victoria Avenue Bridge (1890)
- Footbridge, Midsummer Common
- Cutter Ferry Bridge
- Elizabeth Way Bridge (1971)
- Riverside Bridge (2008)
- Footbridge, Stourbridge Common
- Railway Bridge
- A14 Bridge
- Footbridge over the weir, Baits Bite Lock
Antara jambatan yang terkenal Mathematical Bridge (gambarnya di atas). Terletak di Queen's College, jambatan ini dibina dengan cara menyusun kayu-kayu dalam satu siri tangen yang menjadikan jambatan itu melengkung. Susunannya yang unik menjadikan jambatan ini menjadi satu daripada tarikan pengunjung. Ada mitos yang mengatakan bahawa konsep asal jambatan ini datangnya dari Sir Isaac Newton, tetapi fakta menyatakan Newton meninggal dunia 22 tahun lebih dahulu daripada jabatan sebenarnya dibina.
The arrangement of timbers is a series of tangents that describe the arc of the bridge, with radial members to tie the tangents together and triangulate the structure, making it rigid and self supporting. This type of structure, technically tangent and radial trussing, is an efficient structural use of timber, and was also used for the timber supporting arches (centring) used for building stone bridges.(sumber di sini)
Punting (aktiviti naik bot) - sesuatu yang popular di Cambridge. Boleh lihat pemandangan kolej-kolej dari arah Sungai Cam. Kredit foto : Nisah Haron |
Pemandangan dari atas bas ketika melalui satu daripada jambatan merentasi Sungai Cam. Kredit foto : Nisah Haron |
King's College (estd. 1441). Kredit foto : Nisah Haron |
Bandar Cambridge memang tidak sebesar mana. Namun, bandar ini boleh menampung sekian ribu pelajarnya. Pada mulanya, saya tertanya-tanya bagaimana pelajar-pelajar ini ke kuliah. Kemudian saya dapati begitu banyak basikal di kawasan parkir khusus untuk basikal. Nah, sudah terjawab akhirnya : majoriti memang berbasikal sewaktu berada di dalam kampus!
Basikal di mana-mana. Kredit foto : Nisah Haron |
Setelah menamatkan hampir dua pusingan dengan bas persiaran Cambridge itu, saya pun akhirnya memilih untuk turun di hentian nombor 5, tidak jauh dari St John's College. Saya sepatutnya turun di Trinity Street kerana itulah hentian yang paling hampir dengan Cambridge Bookshop, tetapi bas ini hanya lalu di kawasan itu pada hari Ahad. (Saya di Cambridge pada hari Jumaat.) Masih tidak mengapa, dapat juga berjalan kaki dan melihat banyak perkara yang berbeza dan mungkin tidak terlihat jika saya berada di atas bas. Sebagai penulis, harus banyak belajar melihat dari sudut pandangan yang berbeza-beza.
Meminjam kata-kata Muslihuddin Sadi, "a traveler without observation is a bird without wings."
Akhirnya, dapat jumpa kedai buku ini! Kredit foto : Nisah Haron |
Nampak papan tanda ini saja sudah teruja! |
Saya melangkah masuk dengan rasa teruja. Namun, perasaan itu tidak dapat saya zahirkan. Hati di dalam, Tuhan sahaja yang tahu!
Saya percaya kedai ini tidaklah setua Cambridge University Press itu sendiri yang bermula seawal tahun 1534 oleh King Henry VIII. Penerbit ini ialah yang tertua di dunia. Pada awalnya mencetak Bible dan seterusnya menerbitkan jurnal akademik dan buku-buku ilmu.
Saya tahu saya tidak akan menjumpai buku-buku ringan di dalam kedai ini. Buku sasteranya juga berat dan ilmiah sifatnya. Kedai dua tingkat ini mempunyai tangga spiral yang menghubungkan kedua-dua tingkatnya.
Bahagian luar kedai buku. Kredit foto : Nisah Haron |
window display pada bahagian luar kedai Kredit foto : Nisah Haron |
Puas sudah hati ini. Sudah bertemu apa yang dicari. Dalam rasa bahagia yang melimpah itu, saya sudah terlupa dari arah mana saya datang, kerana saya harus mencari hentian bernombor dan bertanda "Cambridge Sightseeing" berwarna merah untuk saya pulang semula ke Stesen Kereta Api Cambridge. Masa ini penat sudah mula terasa. Pada awalnya hendak jalan kaki, tetapi saya mula rasa tak percaya dengan kaki sendiri.
Central Library di Cambridgeshire City Council Kredit foto : Nisah Haron |
Kota Raya London sedang menunggu!
Ulasan