Kembara Sastera 36 : London ke Coventry
Pada Ahad, 12 Jun 2011 saya bangun dengan rasa yang segar. Segala sakit-sakit badan dan kepenatan malam sebelumnya sudah susut. Pagi ini ada agenda perjalanan dari London ke Coventry sebelum saya berangkat pulang meninggalkan Tanah Inggeris ini pada 13 Jun.
Semalam, setelah mengambil laluan dari Westminster ke Notting Hill Gate, melalui pertukaran di Bond Street, saya tidak sempat mencatat apa-apa di dalam tube. Saya terlalu bersyukur kerana dapat duduk dan setiap pergerakan kereta api bawah tanah itu ertinya saya semakin hampir untuk sampai ke hostel.
Perjalanan dari Notting Hill Gate ke hostel di Holland Park menemukan saya dengan sebuah pasar raya Tesco. Saya cukup dahaga (walaupun saya masih ada air mineral). Cuma ketika itu saya sangat teringin minum sesuatu yang manis. Barangkali kerana tahap tenaga sudah terlalu rendah.
Di Tesco, saya bukan sahaja membeli dua botol air tetapi terjumpa pula buah potong (ada pelbagai buah di dalam satu bekas) yang dijual dengan harga 85 pence di bahagian reduce to clear. Tanpa berfikir panjang saya terus beli buah itu juga. Saya tidak terus naik ke hostel. Saya berhenti di Holland Park dan duduk di salah satu bangku panjang yang disediakan. Sungguh nyaman, makan buah botong (yang kalau dibuka bekas itu dan dihidangkan menyamai sepinggan kecil) yang cukup mengenyangkan, sihat dan cukup untuk memberi tenaga pada hari itu.
Ketika saya sudah berada di lobi hostel semula, saya terus online kerana tidak sabar mahu muat naik gambar-gambar di Charing Cross Road ke Facebook. Pada waktu itu, saya ditegur seorang junior yang sama belajar di UKM dulu. Dia kini sedang melanjutkan pelajaran di London dan pada waktu itu dia baru pulang dari Rome; dalam perjalanan dari lapangan terbang menuju kota London.
Pendek cerita, kami berjanji untuk bertemu di Piccadilly Circus dengan dua tujuan: 1) untuk bertemu dengannya; dan 2) untuk mendapatkan satu lagi buku The Library of Shadows untuk seorang sahabat Goodreads. Bukankah tempoh hari hanya ada satu naskhah di Waterstones Trafalgar Square. Saya perlu dapatkan satu naskhah lagi di Waterstones Piccadilly Circus.
Untuk ke stesen Piccadilly, mungkin saya tidak ada masalah kerana saya sudah mula faham bagaimana tube berfungsi. Masalahnya, di Piccadilly Circus, saya tidak pasti di manakah letaknya Waterstones cawangan tersebut. Saya tidak cukup masa pula untuk menelah peta secara online ketika itu. Terima kasih kepada sahabat yang baru pulang dari Rome ini.
Dengan beg tarik masih di tangan, kami bertemu di luar stesen dan saya terus dibawa ke Waterstones. Berdepan dengan Muzium Ripley's Believe it Or Not. Benarlah, memang masih ada naskhah buku tersebut di situ.
Dan... Waterstones Piccadilly Circus sangatlah besar! Bertingkat-tingkat dan ada lif untuk ke aras yang berlainan. Terasa seperti sebuah hotel yang lobi dan kawasan sekelilingnya penuh dengan buku. Mujur saja saya sudah kehabisan tenaga dan stamina untuk membeli buku. Namun, masih lagi bertenaga untuk merayau-rayau di dalam kedai itu.
Makan malam di Khan's Restaurant, Queensway. Dia sengaja membawa saya ke situ kerana tempat itu tidak berapa jauh dengan Notting Hill Gate. Jadi mudah untuk saya pulang kerana waktu sudah semakin lewat ketika itu. Untungnya cuma, malam bermula secara rasmi (hari mula gelap) sekitar pukul 9.00 malam.
Saya berpuas hati dapat bertemu kenalan lama dan mendapatkan buku untuk seorang kenalan lagi. Dua dalam satu.
Pagi Ahad itu, hujan turun dengan lebat. Saya tidak fikir saya boleh menarik beg dari hostel ke Notting Hill Gate. Saya habiskan sarapan nasi briyani yang disimpan baik-baik, baki daripada yang dibelanja sahabat malam tadi dari Restoran Khan di Queensway! Seperti biasa, nasi dijual dalam kuantiti yang banyak. Untuk perut perempuan Asia seperti saya, memang boleh bahagi dua. Cuaca yang masih dingin ini juga menyebabkan nasi ini tidak mudah basi.
Sempat menegur Kak Ira yang bakal saya temui di Coventry melalui Facebook, "Hebat juga bomoh hujan Queen Elizabeth. Semalam sambutan hari lahirnya berlangsung dalam panas terik. Hari ini alih-alih hujan pula!"
Kami sama-sama tertawa.
Saya tidak ada pilihan kecuali mengambil teksi dari hostel terus ke stesen Euston. Dari situ saya akan mengambil tren terus ke stesen yang bernama Canley. Perjalanan yang dibawa oleh pemandu teksi itu melalui Madame Tussauds. Cukuplah dapat lihat dari jauh, muzium yang penuh dengan patung lilin itu. Ketika itu belum pukul 10.00 pagi tetapi orang yang berbaris di luar Madame Tussaud cukup panjang.
Stesen London Euston sudah mula sibuk walaupun belum tengah hari. Ini stesen pertukaran yang besar. Di stesen ini juga boleh ambil tren untuk ke utara seperti Birmingham, Manchester, Liverpool atau Glasgow. Di London, boleh ambil tube dari mana-mana stesen untuk ke Stesen London Euston. Saya sepatutnya naik dari Notting Hill Gate, tukar di Oxford Circus ambil Victoria Line (biru) untuk ke London Euston.
Nota : Stesen London Euston harus disebut demikian kerana ada lagi satu stesen yang bernama Stesen Euston Square.
Pagi itu hujan lebat. Kalau renyai, saya redah juga. Jadi, saya minta petugas di hostel panggilkan teksi untuk terus ke Euston. Pagi Ahad lalu lintas juga tidak sibuk. Saya sampai ke Euston lebih kurang 15 minit sahaja. Menurut Kak Ira, walaupun destinasi saya secara umumnya ialah Coventry, elok saya turun di stesen Canley kerana itulah stesen yang paling hampir dengan rumahnya.
Selamat tinggal, London! Ada umur kita bertemu lagi. Saya pun memulakan perjalanan 2 jam 20 minit terus ke Coventry. Hati rasa tidak sabar untuk bertemu teman penulis yang juga merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja 1991 dan tidak keterlaluan jika saya katakan beliau adalah idola saya sebelum karya-karya saya sendiri tersiar di dalam majalah Dewan Siswa.
Kredit foto : Nisah Haron |
Perjalanan dari Notting Hill Gate ke hostel di Holland Park menemukan saya dengan sebuah pasar raya Tesco. Saya cukup dahaga (walaupun saya masih ada air mineral). Cuma ketika itu saya sangat teringin minum sesuatu yang manis. Barangkali kerana tahap tenaga sudah terlalu rendah.
Di Tesco, saya bukan sahaja membeli dua botol air tetapi terjumpa pula buah potong (ada pelbagai buah di dalam satu bekas) yang dijual dengan harga 85 pence di bahagian reduce to clear. Tanpa berfikir panjang saya terus beli buah itu juga. Saya tidak terus naik ke hostel. Saya berhenti di Holland Park dan duduk di salah satu bangku panjang yang disediakan. Sungguh nyaman, makan buah botong (yang kalau dibuka bekas itu dan dihidangkan menyamai sepinggan kecil) yang cukup mengenyangkan, sihat dan cukup untuk memberi tenaga pada hari itu.
Tiket tube. Kredit foto : Nisah Haron |
Ketika saya sudah berada di lobi hostel semula, saya terus online kerana tidak sabar mahu muat naik gambar-gambar di Charing Cross Road ke Facebook. Pada waktu itu, saya ditegur seorang junior yang sama belajar di UKM dulu. Dia kini sedang melanjutkan pelajaran di London dan pada waktu itu dia baru pulang dari Rome; dalam perjalanan dari lapangan terbang menuju kota London.
Pendek cerita, kami berjanji untuk bertemu di Piccadilly Circus dengan dua tujuan: 1) untuk bertemu dengannya; dan 2) untuk mendapatkan satu lagi buku The Library of Shadows untuk seorang sahabat Goodreads. Bukankah tempoh hari hanya ada satu naskhah di Waterstones Trafalgar Square. Saya perlu dapatkan satu naskhah lagi di Waterstones Piccadilly Circus.
Ripley's Believe it or Not Museum. Kredit foto : Nisah Haron |
Untuk ke stesen Piccadilly, mungkin saya tidak ada masalah kerana saya sudah mula faham bagaimana tube berfungsi. Masalahnya, di Piccadilly Circus, saya tidak pasti di manakah letaknya Waterstones cawangan tersebut. Saya tidak cukup masa pula untuk menelah peta secara online ketika itu. Terima kasih kepada sahabat yang baru pulang dari Rome ini.
Dengan beg tarik masih di tangan, kami bertemu di luar stesen dan saya terus dibawa ke Waterstones. Berdepan dengan Muzium Ripley's Believe it Or Not. Benarlah, memang masih ada naskhah buku tersebut di situ.
sumber imej dari sini |
Bahagian dalam Waterstones Piccadilly Circus sumber imej dari sini |
Makan malam di Khan's Restaurant, Queensway. Dia sengaja membawa saya ke situ kerana tempat itu tidak berapa jauh dengan Notting Hill Gate. Jadi mudah untuk saya pulang kerana waktu sudah semakin lewat ketika itu. Untungnya cuma, malam bermula secara rasmi (hari mula gelap) sekitar pukul 9.00 malam.
Saya berpuas hati dapat bertemu kenalan lama dan mendapatkan buku untuk seorang kenalan lagi. Dua dalam satu.
Pagi Ahad itu, hujan turun dengan lebat. Saya tidak fikir saya boleh menarik beg dari hostel ke Notting Hill Gate. Saya habiskan sarapan nasi briyani yang disimpan baik-baik, baki daripada yang dibelanja sahabat malam tadi dari Restoran Khan di Queensway! Seperti biasa, nasi dijual dalam kuantiti yang banyak. Untuk perut perempuan Asia seperti saya, memang boleh bahagi dua. Cuaca yang masih dingin ini juga menyebabkan nasi ini tidak mudah basi.
Sempat menegur Kak Ira yang bakal saya temui di Coventry melalui Facebook, "Hebat juga bomoh hujan Queen Elizabeth. Semalam sambutan hari lahirnya berlangsung dalam panas terik. Hari ini alih-alih hujan pula!"
Kami sama-sama tertawa.
Muzium Madame Tussauds, London. Sumber imej di sini. |
Stesen London Euston sudah mula sibuk walaupun belum tengah hari. Ini stesen pertukaran yang besar. Di stesen ini juga boleh ambil tren untuk ke utara seperti Birmingham, Manchester, Liverpool atau Glasgow. Di London, boleh ambil tube dari mana-mana stesen untuk ke Stesen London Euston. Saya sepatutnya naik dari Notting Hill Gate, tukar di Oxford Circus ambil Victoria Line (biru) untuk ke London Euston.
Nota : Stesen London Euston harus disebut demikian kerana ada lagi satu stesen yang bernama Stesen Euston Square.
Pagi itu hujan lebat. Kalau renyai, saya redah juga. Jadi, saya minta petugas di hostel panggilkan teksi untuk terus ke Euston. Pagi Ahad lalu lintas juga tidak sibuk. Saya sampai ke Euston lebih kurang 15 minit sahaja. Menurut Kak Ira, walaupun destinasi saya secara umumnya ialah Coventry, elok saya turun di stesen Canley kerana itulah stesen yang paling hampir dengan rumahnya.
Tiket tren dari London Euston ke Canley. Kredit foto : Nisah Haron |

Ulasan