Ray Bradbury
(22 Ogos 1920 - 5 Jun 2012)
Saya tidak banyak membaca karya fiksyen sains kerana lebih banyak menggulati karya-karya fantasi Inggeris pada awal pembacaan sewaktu remaja. Hanya setelah dewasa, saya mencari-cari karya fiksyen sains yang sesuai dengan jiwa. Apatah lagi, dalam kebanyakan fiksyen sains Barat walaupun yang dipamerkan ialah kehebatan sains dan manusia, ada banyak karya yang menafikan Tuhan.
Saya tidak menggemari karya Isaac Asimov kerana kandungannya kurang mesra-pembaca. Namun, saya menggemari autobiografinya. Saya suka sikapnya sebagai pengarang.
Dalam pencarian dan pembacaan buku-buku fiksyen sains, saya bertemu dengan Fahrenheit 451, sebuah karya tentang masa depan atau futuristik yang gelap dan hancur (dystopian). Kehancuran masyarakat itu tidak digambarkan secara fizikal. Ini bukan kisah bangunan yang hancur kerana diserang alien dari planet yang jauh. Novel ini mengisahkan kehancuran tamadun dan pemikiran manusia kerana mereka tidak lagi membaca. Pada zaman ini, membaca telah menjadi satu dosa besar dan mereka yang memiliki di dalam rumah boleh dihukum. Rumah dan buku-buku mereka aka dibakar!
Tugas seorang anggota bomba pada zaman ini bukanlah memadamkan kebakaran tetapi membakar buku!
Itulah Fahrenheit 451 di tangan pengarang fiksyen sains Ray Bradbury yang baru sahaja meninggal dunia di California dua hari yang lalu.
Saya tidak menggemari karya Isaac Asimov kerana kandungannya kurang mesra-pembaca. Namun, saya menggemari autobiografinya. Saya suka sikapnya sebagai pengarang.
Sumber foto dari Goodreads |
Tugas seorang anggota bomba pada zaman ini bukanlah memadamkan kebakaran tetapi membakar buku!
Itulah Fahrenheit 451 di tangan pengarang fiksyen sains Ray Bradbury yang baru sahaja meninggal dunia di California dua hari yang lalu.
Ray Bradbury (22 Ogos 1920 - 5 Jun 2012) sumber foto di sini. |
Ulasan