Isnin, Mei 10, 2004

Novel Bersiri di Majalah Tunas Cipta

Sebagai bonus kepada pengunjung weblog ini, saya sediakan link untuk membaca novel bersiri saya yang terbit di majalah Tunas Cipta. Judulnya Puisi Untuk Esdyzuar. Saya tahu majalah ini agak sukar diperolehi di pasaran. Kalau nak beli memang kena pergi ke kedai buku DBP yang terdekat ataupun pesan melalui www.dawama.com. Sampainya pun agak lambat bila dipesan.

Jadi, saya fikir dan memang telah lama bercadang untuk siarkan di blog ini. Malangnya, saya ni baru belajar-belajar guna bahasa html. So, ambil masa sikitlah. Maaf, sekali-sekala terkial-kial juga. Semua ilmu html ni, memang mula dari sifar. Jadi, banyak-banyaklah bersabar.

Apa pun, saya juga mengharapkan komen daripada pembaca terhadap novel bersiri ini. Oleh kerana ia terbit secara bersiri setiap bulan, maka saya masih dalam proses menulisnya. Kalau ada komen yang membina, mungkin boleh digunakan sebagai nilai tambah terhadap novel ini.

Latar novel ini separa fantasi. Dan seperti biasa saya akan mengeksploitasi pengetahuan guaman saya sedikit sebanyak di sana-sini. Harap novel ini memberi manfaat serta menghiburkan.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails