Sabtu, Mei 08, 2004

Terkenang sahabat lama...


Ada seorang sahabat lama yang rajuknya seperti Teh Sofia dalam buku terbaru Faisal Tehrani, "Tunggu Teduh Dahulu". Saya amat merinduinya tetapi dia entah di mana kini.

Lalu, puisi ini telah saya lakarkan dengan dia di dalam ingatan...

Membunuh Sunyi

Sunyi bagai membunuh diri
Sepi tiada henti di wilayah hati
Sesekali cicak berdecak
Itulah melodi harmoni paling rancak.
Dalam sunyi paling menyeksakan
Senyumanmu jadi suara paling indah
Walau tawamu beku
Enggan bertamu lagi di gegendangku

Sunyi bersama berita bisu terhantar
Ketika diri perlu semangat membugar
Sepi kirimanmu
Kuterima dengan segala rasa redha

Dan apabila kau noktahkan
Erti seorang rafik
Pada hati penuh harapan
Sunyi pun seperti membunuhku
Berkali-kali!

16 Mac 2004
Ampangan, Seremban.

1 ulasan:

syarifah berkata...

assalamualaikum
saya minta izin copy puisi ni ye.suka baca puisi2 akak.nama saya,Sya.syaija@yahoo.com.teruskan penulisan akak.semoga berjaya.

Related Posts with Thumbnails