Pemenang Hadiah Nobel
I
24 - 26 Jun 2004 : Saya dijemput menjadi penceramah (cerpen) di hadapan 111 peserta Perkampungan Penulis Muda Negeri Sembilan. Diadakan di Kem Pusako, Sg. Jelutong, Batu Kikir dalam daerah Kuala Pilah.
Asalnya, saya hanya perlu hadir pada 25hb Jun jam 8.30 pagi. Slot saya bermula ketika itu. Tetapi sebab saya sendiri pun tak pernah ke Kem Pusako, saya datang sehari sebelumnya. Lagipun, saya di bawah sepanduk PEN dan menjual buku di sana. Sekarang sudah menjadi trend saya, di mana-mana saya dijemput memberi ceramah tentang penulisan, wajib bagi saya membawa buku-buku. Sekurang-kurangnya semeja pun jadilah. Inilah iltizam saya, iltizam PEN dan iltizam Ujana Ilmu untuk memasyarakatkan bahan bacaan terpilih lagi bermutu kepada pembaca.
Memang seronok melihat adik-adik yang bersemangat mahu menjadi penulis. Mereka dipilih (2 orang setiap sekolah) dari kalangan yang terbaik. 5 daripada mereka akan mewakili Negeri Sembilan ke Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan di Sarawak hujung Julai nanti.
Alangkah bertuahnya mereka. Di zaman saya mula menulis dahulu, tak ada program sebegini. Kalau pun mahu meningkatkan diri dalam bidang penulisan, pandai-pandai sendirilah. Dan saya percaya, perubahan yang paling baik adalah perubahan dari dalam diri. Adakalanya, bengkel dan program seperti ini pun belum tentu boleh memastikan lahirnya penulis yang berbakat. Lahir mungkin boleh tetapi tekal menulis, lain pula ceritanya.
Kem Pusako, khabarnya sebuah sekolah kampung yang akhirnya tinggal 7 orang pelajar sahaja. Sekolah itu ditutup dan dijadikan kem. Ada asrama, bilik-bilik kuliah yang diubah suai daripada kelas-kelas. Dibina juga kolam buatan dengan kemudahan berkayak, jungle trekking dan banyak lagi kemudahan beriadah. Tenang lagi damai. Sesuai benar dijadikan perkampungan penulis.
II
Ahad lepas, sempat juga mengejar tarikh akhir pameran 100 tahun Hadiah Nobel di Pusat Sains Negara. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk ke sana. Banyak ilmu yang dapat dikutip. Sempat membeli poskad-poskad gambar pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan.
Usai lawatan sekitar 2 jam. Saya dan suami ke One Utama, Bandar Utama. Ekoran khabarnya, ada sebuah kedai buku yang paling besar di Malaysia. Ya, cawangan terbaru MPH dibuka di sana. Tak sia-sia. Saya tersenyum lebar dan langkah juga makin laju. Biarpun kereta diletakkan agak jauh daripada destinasi. Suami setia menemani.
Paling menggembiranya, novel-novel Utusan terkini - termasuklah novel saya Mencari Locus Standi turut dijual di kedua-dua MPH One Utama (MPH ada dua cawangan di One Utama, saya kedai kecil satu lagi dua tingkat - dipisahkan oleh sebuah eskalator). Jadi tak ada siapa boleh merungut novel sastera Melayu sukar diperolehi.
Di kedai MPH yang kecil, ia dipamerkan berhampiran dengan tingkap. Di MPH besar pula, novel-novel Utusan diletakkan di rak bertanda "Sastera". Alhamdulillah, ada juga pengiktirafan untuk sastera serius, biarpun rak untuk sastera popular lebih besar.
Saya sempat membeli novel terbaru David & Leigh Eddings "The Elder Gods" dan 3 buah boardbooks untuk setiap seorang puteri saya.
III
Terkini, di dalam majalah NUR keluaran Julai, saya dipaparkan melalui isu wanita bekerja dari rumah. Kepada yang ingin mendapatkan majalah ini, ia telah berada di pasaran. Saya kongsi di dalam rencana tersebut, tips dan pengalaman bekerja dari rumah.
Saya terima panggilan daripada seorang peguam wanita yang juga mahu menurut jejak langkah saya. Seronok mendengar hasratnya mahu membentuk sebuah SOHO - small office home office di kediamannya di Bandar Jengka, Pahang. Terkejut saya ketika menerima panggilan sejauh itu.

Ulasan