Selepas 5 tahun Bonda pergi...
Hari ini genap (mengikut kalendar masehi) Emak saya pulang ke pangkuan-Nya. Masih basah di ingatan kala itu, dia pergi dengan tidak disangka-sangka.
Anehnya, Emak saya tidak mengalami apa-apa kesakitan yang nyata. Petang itu lepas Asar, cawan yang digunakan sejak lama dahulu, terlepas dari jemarinya lalu berderai di lantai dapur. Sebelum itu, dia sedang mengait bakul telur - kononnya untuk digunakan apabila saya melangsungkan perkahwinan nanti.
Sayangnya, Emak tidak sempat melihat saya bersemayam di atas pelamin bersama lelaki pilihan saya. Pun, dia sempat mendengar namanya. Tidak sempat juga dia berkenalan dengan suami saya. Namun senyumannya itu seolah-olah satu restu bahawa dia gembira kerana akhirnya, saya memilih seseorang sebagai teman hidup.
Pesannya, carilah pasangan yang boleh dijadikan 'companion' atau teman sepanjang hayat. Bukan sekadar rupa, agama, harta atau hatinya semata.
Pengalaman saya di mahkamah syariah, mengeyakan pesanannya itu. Ada juga di kalangan suami lulusan agama tetapi bertindak seperti orang yang tiada berilmu. Masih mengganggu isteri orang. Tetapi ketika berceramah, puaslah dia mengingatkan orang lain agar bertindak mengikut landasan yang ditetapkan.
Teringat saya pada novel tulisan ISA KAMARI berjudul KISWAH. Secara sinis dia menyelar golongan yang berdindingkan agama - seorang pelajar mahasiswa aliran agama yang disenangi bakal isteri. Orang yang diharapkan menjadi pembimbing dan pelindung ini pula yang memiliki peribadi terkeji. Namun tidak siapa tahu kecuali sang isteri, itupun selepas bernikah.
Namun begitu, saya bukanlah anti pada mereka yang lulusan agama. Saya sendiri dari aliran SMKA hingga ke tingkatan 5. Saya tahu buruk baik pelajar sekolah agama. Yang paling saya benci ialah hipokrit-hipokrit yang bertopengkan agama. Kononnya ingin berdakwah pada sesiapa sahaja tetapi diri sendiri terlupa untuk diperbetulkan terlebih dahulu.
Yang paling saya hormati ialah pendakwah yang tidak terlalu ekstrem. Berjaya mendakwah dengan bijaksana - bil hikmah
++
Hari ini juga anak buah suami saya meninggal dunia. Usianya masih muda. Belum menjangkau 30 saya kira, tetapi telah meninggalkan isteri dan anak yang masih belum mengerti apa-apa. Sebak saya memikirkan hal isterinya yang harus membesarkan anak tanpa suami tercinta.
Itulah kehidupan, tidak semuanya indah. Adakalanya, perkara yang tidak terduga itu datang menguji diri, menguji iman. Tuhan, tabahkan hatinya...
++
Hari ini juga, Puan Mahaya Mohd Yassin (Penulis, Penyair PEN)menerima 2 orang menantu serentak. Anak kedua dan ketiganya sama-sama makan beradab di rumahnya di Paroi Jaya. Saya pergi bersama-sama dua orang anak. (Suami harus berada di majlis pengkebumian anak buahnya.)
Sempat berjumpa dengan teman-teman penulis juga, Pakcik Rahimi NS, Pakcik Latip Talib, Cikgu Ilham, Ahmad Patria sekeluarga, dan ramai lagi. Alhamdulillah, meriah sungguh. Pastinya lepas ini Puan Mahaya terasa lega. Dua tiga bulan lepas, dia selalu berkata kepada saya, kepalanya sedang 'bercabang-cabang'.
Saya masih ingat juga, sewaktu anak sulung Puan Mahaya melangsungkan perkahwinan - 23 Mei 1999, itu merupakan kenduri terakhir yang saya hadiri bersama-sama dengan Emak saya. Kami pergi berdua sahaja.
Kini hanya tinggal puteri tunggal Puan Mahaya dan anak bongsu lelakinya yang masih belum bertanda.

Ulasan