Nisah di Selamat Pagi Malaysia
Ketika dimaklumkan oleh pihak Utusan yang saya akan ke udara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada hari Sabtu 24 Julai 2004, saya berada di Kota Bharu. Memang telah ada desas-desus sebelum ini tapi tiada kepastian tentang tarikh.
Di Kota Bharu, saya menjadi perantara untuk Program Cakna Penulis Wanita Wilayah Timur (Cerana) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Noble Art Creations. Seronok saya di sana selama dua hari satu malam. Ambil penerbangan Air Asia. Alhamdulillah, selamat sampai. Program dijalankan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
Semasa Program Cerana juga, seramai 20 orang peserta terpilih mengambil bahagian. Rata-rata pelajar sekolah tetapi ada jua seorang dua yang dewasa. Moderator pada program ini ialah Ana Balqis yang memperkatakan tentang cerpen, Siti Rohayah Atan (Skrip) dan Aminah Mokhtar (Novel). Turut hadir penulis Amaruszati Noor Rahim.
Pagi hari Jumaat, saya bangkit jam 6.30 pagi (gara-gara tidur lewat kerana berbual panjang dengan Amaruszati. Maklumlah, kalau dah sesekali jumpa...). Selesai solat subuh, saya bergegas ke pantai. Saya harus segera kerana syuru' pada jam 7.05 pagi. Bertemu dengan Zanazanzaly yang sedang berjoging di tepi pantai. Dan kami sama-sama menyaksikan kebesaran Ilahi.
Tepat jam 7.05 pagi, saya menonton dengan penuh rasa kagum. Matahari yang terbit seolah-olah dari dalam laut. Memang inilah antara beberapa sebab saya cuba sedaya upaya untuk hadir ke pantai timur. Barangkali bagi orang pantai timur, mereka sudah biasa menyaksikan fenomena ini. Tetapi bagi saya yang ada di pantai barat, saya hanya boleh menyaksikan matahari terbenam di Pantai Port Dickson.
Subhanallah... alangkah indahnya saat itu. Terkenang kepada puisi Allahyarhamah Zaihasra "Lautan di Waktu Subuh". Tetapi ini bukan sekadar lautan. Ini menyaksikan sendiri bagaimana sebuah hari baru bermula. Warna merah bulat yang perlahan-lahan terbit dan selapis demi selapis langit berkalih. Memberi ruang kepada 'raja' siang menyuluh cahaya. Lama kelamaan, warna merah bertukar jingga pekat. Semakin ia meninggi, jingga menjadi jingga muda kekuningan. Lalu tumpah warna itu ke atas permukaan air laut yang berombak-ombak kecil.
Pagi itu air mulai surut. Deburannya semakin perlahan. Tetapi cukup indah untuk menyamai ketenangan sang matahari yang terbit. Saya sms pada suami dan seorang teman baik, "Menyaksikan terbit matahari dari lautan, alangkah indahnya andai kau juga berada di sisi."
Limpahan cahayanya yang mulai terang membentuk jaluran panjang di atas air. Bayangannya yang memanjang dari punca cahaya ke penghujung pantai seolah-olah mengajak saya supaya datang kepadanya. Saya terasa seperti mahu berlari di atas jaluran cahaya yang membentuk sebuah jambatan cahaya di atas air. Ya, saya terasa dekat dengan Tuhan. Zanazanzaly membisikkan, "Bacalah surah Dhuha ataupun Shams."
II
Hari Sabtu saya ke RTM bersama suami. Untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia, saya telah diundang bersama-sama dengan Puan Nor Azah Aziz (Editor Kanan), Utusan Publications & Distributors. Syed Munawar menjadi perantara kami.
Seperti biasa, kalau kita menjadi tamu di tv, muka mesti kena touch up. Supaya cahaya lampu tidak memantul kembali. Kalau tidak nanti, muka nampak berkilat ketika ke udara. Alhamdullah, sebagai perantara, Syed sudah pun membaca naskhah ini. Kami sempat berbual sebelum rancangan ke udara. Itulah yang sebaiknya. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang dia perkatakan.
Saya diminta menjelaskan makna Locus Standi. Sedikit sebanyak proses kreatif saya terangkan. Kak Azah pula bercakap tentang kekuatan novel ini dari sudut bahasa, kesederhanaan dan apa yang menariknya. Bercakap depan kamera, satu pengalaman buat saya. Sebelum ini mungkin pernah ditemuramah oleh wartawan selepas memenangi hadiah dan kamera yang digunakan berbeza. Ada tv di hadapan kami (3 buah semuanya) untuk memeriksa penampilan, saya kira.
Ketika ditanya, ke mana haluan saya selepas ini, saya menjawab. Saya telah menemui akar saya. Selepas saya berfantasi, menulis karya eksperimental dan non-konvensional, kini saya temui locus standi saya. Di sinilah tempat untuk saya berdiri di dalam dunia penulisan. Insya-Allah, saya akan gunakan disiplin perundangan dan adat di tanah leluhur saya untuk menyampaikan makna dan hasrat hati.
Doakan saya mampu melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini...

Ulasan