Benarkah kita sudah merdeka?
Selamat Hari Ulangtahun 31 Ogos 1957.
Saya ingin sekali mengucapkan Salam Hari Kemerdekaan. Tetapi saya tidak suka bercakap sesuatu yang tidak saya maksudkan. Persoalannya, apakah kita benar-benar sudah merdeka? Mungkin secara fizikalnya penjajahan selama 446 tahun itu diisytiharkan tamat pada tarikh 31 Ogos 1957. Namun hakikatnya, kita masih lagi terjajah dalam pelbagai cara.
Benarkah kita sudah merdeka?
Saya percaya kita (termasuk saya dan anda) belum pun tahu erti kemerdekaan sebenar. Sambutan merdeka malam tadi dan malam tahun-tahun sebelumnya sama sahaja. Ya, memang meriah. Saban tahun bulan Ogos dijadikan bulan kemerdekaan. Masa inilah bendera-bendera akan dikibarkan di mana-mana. Hampir setiap kereta akan memasang bendera. Hatta ada yang meletakkan bendera di punggung motorsikal (berdekatan juga dengan punggung penunggangnya). Saya lihat sendiri di lebuh raya sewaktu pulang dari Kuala Lumpur semalam.
Malam tadi saya menonton juga sambutan kemerdekaan yang bersifat "copy & paste" saban tahun. Countdown merdeka. Nyanyian lagu-lagu patriotik berulang-ulang kali. Konsert Merdeka. Itu sahajalah yang kita ada tentang merdeka.
Kenapa tidak malam-malam begini ada pihak yang mengadakan rancangan membaca Yaasin sempena kemerdekaan. Muhasabah diri dan peringatan pada apa yang telah berlaku 47 tahun yang lalu. Usah hendak disalahkan sesiapa sahaja kalau tidak berjaya menghayati erti kemerdekaan itu. Saya kira penghayatan itu agak jauh sebenarnya. Kalau ada yang tidak ingat tahun ini ulangtahun kemerdekaan kali yang ke berapa pun, tidak boleh disalahkan dirinya 100%.
Sambutan kemerdekaan itu hanya setahun sekali. Untuk menghayati kemerdekaan, penghayatan itu harus tumbuh subur dalam diri. Kalau kita boleh menghayati lagu dengan menghafal lagu dan sentiasa menyanyikannya bila-bila masa kita suka, begitu juga tentang kemerdekaan. Sambutan kemerdekaan itu harus dijalankan pada setiap masa. Apatah lagi generasi baru yang tidak akan dapat merasai erti kemerdekaan, kerana mereka langsung tidak melaluinya.
Apakah patriotisme itu hanya boleh dihayati dengan lagu-lagu?
Merdekakah kita, apabila kita semakin banyak meniru hasil cipta Barat daripada menghasilkan sesuatu milik sendiri. Dari satu sudut, kita terlalu banyak meniru reality games. Orang Melayu yang paling banyak terdorong ke arah ini. Terlalu banyak air mata yang ditumpahkan untuk melayan emosi. Terlalu banyak wang juga dihabiskan dengan menghantar SMS yang mengkayakan satu pihak. Orang Melayu juga yang rugi. Sehingga hari ini, saya masih gagal mencari faedah daripada mana-mana rancangan realiti seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Who Will Win dan sebagainya.
Bukankah ini juga satu bentuk penjajahan baru?
Kita pernah ditipu sebelum merdeka. Kita masih lagi tertipu selepas hampir 1/2 abad merdeka. Jadi, bila lagi kita mahu merdekakan minda sendiri?
Ayuh! Bangunlah. Usahlah selesa dengan sejarah masa lampau. Ya, Islam pernah gemilang pada suatu masa. Kemudian hancur dan bertempiaran ke seluruh sudut dunia. Kegemilangan sejarah silam itulah yang sering dibangga-banggakan oleh orang Islam sehingga terlupa untuk mencipta sejarah hari ini.
Bagaimanakah kita mesti katakan kita sudah merdeka, kalau Bahasa Melayu turut terjajah sehingga hari ini. Ya, kita masih berbangga dengan Hamzah Fansuri dan Ar-Raniri tetapi bila pula kita mahu mencipta sejarah dalam Bahasa Melayu hari ini.
Tiada yang besar untuk dibanggakan dalam tempoh kemerdekaan 47 tahun ini. Ya, dalam tempoh sebulan ini, semua orang akan katakan yang dia berbangga menjadi anak Malaysia. Hakikatnya, kebanggaan itu hanya kerana Malaysia sudah maju dalam erti kata yang fizikal. Bangunannya besar dan mencapai langit. Kenderaannya semakin pantas. Bandar semakin macet. Namun fikiran penghuninya, masih lagi seperti di zaman sebelum merdeka.
Kita sebenarnya masih belum merdeka!

Ulasan
saya bukan ingin memberi komen cume ingin menyatakan yang saya salah satu dari pembaca & peminat hasil nukilan puan...puan sekolah SMKA SHAMS dulu kan? pn pernah datang ke sekolah saya utk pelancaran buku tsu-ryi..saya ada simpan buku tu smpai sekarang..teruskan usaha puan menulis!!
zatiaziz