Seminar Antarabangsa Karya Wanita Asia Tenggara
Dua hari lalu saya ke seminar di atas. Menarik juga, banyak kertas kerja dibentangkan khusus pada pengkaryaan oleh penulis wanita. Ungku Maimunah dengan Gagasan Persuratan Melayu; Teri Yamada melihat dua penulis besar - Nh Dini (Indonesi) dan Dong Tuo Houng (Vietnam) yang keluar daripada jalur konvensional; Awang Azman Awang Pawi mengiktiraf Siti Zainon Ismail sebagai penulis pasca kolonial yang sangat berbeza daripada penulis seangkatannya. Ibnu Wahyudi mengkaji penulis-penulis wanita mutakhir yang ripuh menjadikan seks sebagai bumbu cerita dan dinyatakan dengan berani oleh penulis-penulis ini.
Ke mana sebenarnya arah tujuan penulis-penulis wanita tempatan. Sesungguhnya saya tidak selesa berbicara tentang istilah 'penulis wanita'. Saya tidak suka dikotak-kotakkan. Tetapi pengkaji terpaksa mencari sudut-sudut tertentu untuk mengkaji. Oleh itu, mereka memilih sudut kewanitaan penulis itu sendiri.
Di luar seminar, desas-desus yang mengatakan bahawa ada satu lagi sudut menarik tentang penulis wanita ini yang harus diperhatikan. Katanya, penulis wanita yang prolifik adalah mereka yang single - sama ada single mother ataupun wanita yang belum pernah berkahwin. Sudah semacam ada sesuatu yang sinonim tentang keprolifikan wanita dan status di dalam masyarakat dan keluarga.
Kata saya : tentunya mereka sepatutnya prolifik. Mereka sudah tidak ada/belum ada tanggungjawab rasmi dalam keluarga. Kalau mereka ini tidak prolifik, memang tidak patut.
Tapi itu kerja pengkajilah untuk melihatnya dari sudut tersebut. Mungkin bagus juga untuk buat tesis M.A. tentang ini.
Namun saya akan terus menulis. Kalau perkara itu menjadi stigma, saya mahu membuktikan bahawa berkeluarga itu bukanlah penghalang untuk menulis. Amaruszati Noor Rahim telah membuktikan. Samsiah Mohd Nor juga begitu. Saya juga mahu terus disenaraikan sebagai wanita berkeluarga yang tekal dan kekal menulis.
Bercakap tentang wanita lagi : desas-desus mengatakan Penerima S.E.A Write Awards tahun 2004 dari Malaysia ialah seorang penyair wanita.
Memang patut giliran wanita tiba lagi sebagai penerima S.E.A Write Award tahun ini. Sebelum ini hanya Adibah Amin, Siti Zainon Ismail, Khadijah Hashim dan Zaharah Nawawi sahaja penulis wanita yang menerimanya.
Dapatkah anda meneka siapa dia?
******
Hujung minggu ini saya akan ke Johor Bahru dari 10 - 13 September. Ada Kongres Kebudayaan Rumpun Melayu anjuran GAPENA. Saya mewakili PEN dengan Puan Mahaya Mohd Yassin. Moga dapat mengutip banyak makna dalam setiap perjalanan mutakhir ini.

Ulasan