Belajar kerana ilmu?
Sabtu nanti kertas peperiksaan terakhir untuk kursus DSLP yang saya duduki. Terasa macam pelajar SPM pula. Sama-sama sibuk ambil periksa. Sudah terlalu lama saya tinggalkan musim peperiksaan dan proses mentelaah pelajaran. Kini semuanya terasa semakin mencabar. Barangkali faktor usia banyak memainkan peranan.
Sekarang bukan masa untuk banyak menghafal. Malah, percubaan untuk menghafal terasa seperti baling bola getah ke dinding batu. Semuanya melantun kembali. Susah nak lekat. Apa yang terbaik untuk dilakukan ialah memahami konsep dan menerangkannya semula dalam ayat sendiri. Konsep begitu tidak banyak diuji dalam peperiksaan umum. Hatta di peringkat universiti juga masih ada sesetengah pensyarah yang memberi banyak markah kepada pelajar yang rajin menghafal.
Lalu wujudlah golongan pelajar yang berorientasikan peperiksaan semata-mata. Sayang sekali, konsep belajar sebagai satu proses menuntut ilmu dan sentiasa menambah ilmu itu tidak kita semaikan daripada peringkat rebung. Lantas terbawa-bawalah sampai ke peringkat Ph.D sekalipun. "Belajar untuk lulus exam" - sudah menjadi motto mana-mana pelajar hari ini.
Tanpa menafikan bahawa lulus peperiksaan dan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan dan ujian ialah sesuatu yang baik, namun harus kita melihat semula ke dalam dasarnya. Benarkah pelajar yang mendapat sederet A dalam keputusan peperiksaannya bakal cemerlang dalam bidang kerjanya kelak?
Bagi saya, tidak semestinya. Dalam banyak hal, golongan ini adakalanya gagal memberikan prestasi kerja yang baik. Mereka hanya cemerlang di atas kertas. Keputusan peperiksaan menunjukkan bahawa seseorang itu boleh menjawab soalan dengan baik, mengeluarkan kembali apa yang telah diajar dan memberi apa yang diminta. Tidak banyak pemeriksa yang membuat soalan supaya pelajar itu boleh berfikir ataupun melontarkan ideanya sendiri dalam menjawab soalan. Setiap kali lari daripada skema jawapan, maka markahnya akan 'lari' juga. Pemeriksa juga tidak mahu berfikir barangkali.
Atas dasar cintakan ilmu, ada kemungkinan saya akan meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang ini. Mungkinkah saya bertukar karier, ada yang bertanya. Itu kita tunggu dan lihat. Ini baru rencana awal. Rencana seorang manusia biasa. Rencana Tuhan pastinya lebih baik, halus dan teliti.
Apabila saya mendalami ilmu, saya akan berada di dalam lingkungan ilmu. Ini bakal membolehkan saya terus hampir dengan dunia penulisan ini. Asas penulisan saya ialah material yang berilmu. Jika ada bekalan ilmu yang dalam dan cukup di dada, barulah kita boleh menduga lautan, kata orang-orang tua.
Saya kurang senang dengan golongan yang hanya tahu berkata-kata tetapi lagaknya tidak lebih seperti tin biskut. Biskutnya hanya ada sekeping dalam tin itu, tapi kalau digoncang bunyinya boleh saja mengejutkan orang tidur! Mereka ini jugalah yang seringkali bercakap dengan fakta bercanggah, bicara tak terarah, dan cakap berpusing-pusing sekitar yang itu-itu juga.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka...

Ulasan