Rajuk Yang Tak Sudah
Dengar cerita ada orang seni sastera yang merajuk lagi. Alahai... Mengapa begitu?
Merajuk kerana kasihkan seni itu sendiri ataupun merajuk untuk kepentingan peribadi? Itu yang menjadi persoalannya.
Baru-baru ini ada seorang teman penulis yang merajuk. Tak pasti pula apa puncanya. Mungkinkah kerana dia mengharapkan kemenangan dalam satu sayembara tetapi gagal? Harap bukan itulah puncanya.
Adakalanya, sebagai manusia biasa, kita rasa terkilan apabila karya, usaha dan iltizam kita dalam dunia sastera tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Benar. Perasaan itu mudah terasa.
Namun, apa faedahnya merajuk ini? Mahu mencari perhatian? Ya, mungkin. Kalau kita benar-benar satu nama besar dalam persada sastera tanah air, barangkalilah. Macam Pak Samad, satu masa dulu yang mogok seni. Dan khabarnya, kali ini pun dia ada sebab lain untuk menarik diri @ merajuk lagi.
Apabila nama besar seperti SN A. Samad Said tidak mahu menulis lagi, sedikit sebanyak kesannya memang ada pada dunia sastera. Tetapi kalau nama-nama kecil seperti kita ini kononnya merajuk, tidak mahu menulis atau memboikot majlis sastera, sudahnya yang rugi hanya kesusasteraan Melayu itu sendiri.
Dunia sastera ini amat kecil. Bila saja ada riak-riak gelombang yang bergetar di sana-sini pasti sahaja terasa. Yang rugi orang Melayu dan kesusasteraan Melayu itu sendiri. Sudahlah sastera kian terpinggir, orang-orang yang di dalamnya pula buat hal.
Dan kepada pihak yang dirajukkan, pernahkah melihat dan menilai kembali kenapa orang itu merajuk kepada kita?
Kepada orang yang merajuk, benarkah kita merajuk kepada 'orang yang sayang'?

Ulasan