Tsunami Tahun Baru
Takziah kepada keluarga yang terlibat dalam tragedi ombak besar dua hari lalu.
Bencana alam yang ingin mengingatkan manusia tentang kekuasaan Allah S.W.T. Ia datang seperti mahu membersihkan sesuatu pada penghujung tahun ini. Dengan harapan, ada sesuatu yang bersih bermula pada tahun 2005.
Pun, berapa ramai manusia yang barangkali sedar akan hakikat ini. Pastinya, masih ramai yang terkinja-kinja pada malam tahun baru nanti.
Hanya tahun sahaja yang baru, tetapi semuanya masih cerita lama. Hilang satu, timbul pula yang lain. Namun cerita yang itu-itu juga. Cerita klise. Tak perlu diulang-ulang.
Lagipun, ombak besar itu belum lagi melanda Taman KLCC ataupun Menara Kuala Lumpur, jadi kesannya hanya terasa di dada akhbar semata. Tidak akan timbul rasa insaf. Lainlah kalau kena batang hidung sendiri!
II
Esok (29 Disember 2004) ada Syarahan Perdana oleh Prof Rahman Shaari (UM) yang berjudul KEMANTAPAN PUISI MELAYU MODEN : SATU TINJAUAN. Kalau berminat, silakan ke sana pada jam 2.30 petang.
Tempat : Auditorium Bangunan Baru, Tingkat Satu, Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya.
Meskipun, saya tidak banyak menulis puisi, namun nama Prof. Rahman memang sudah saya sinonimkan dengan pembangunan puisi dan penyair muda. Ramai yang mendapat bimbingan beliau sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ada yang mengenali beliau melalui Minggu Penulis Remaja bersama-sama dengan Allahyarham Dr. Othman Puteh ataupun mengakrabi buku-buku panduan penulisan puisi yang beliau hasilkan.
Saya mengenali beliau melalui buku-bukunya seperti juga saya mula-mula mengenali Arwah OP dulu. Hanya akhir-akhir ini, baru kami sering berjumpa dalam majlis-majlis sastera dan ilmu. Dia memang amat mudah didekati dan mesra.
Insya-Allah, saya akan hadir bersama buku-buku Ujana Ilmu. Kalau mahu beli buku, kita boleh jumpa di UM.

Ulasan