Apabila Melayu Enggan Bercakap Melayu
Saya amat kecewa.
Semalam saya mewakili Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan (MKN) ke Seminar Warisan Melayu di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Seminar sehari itu menghimpunkan para cerdik pandai dari bidang perniagaan, inovasi sains dan teknologi, penggiat-penggiat seni warisan tradisional seperti tekstil. MKN turut diwakili oleh Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin, Tuan Haji Zulkifli Abu dan Puan Sabariah.
Apa yang mengecewakan saya?
Saya akan sampai ke bahagian asbab itu nanti. Bagi saya majlis tersebut amat wajar diadakan sebagai satu usaha mengkomersilkan produk-produk warisan sama ada industri makanan ringan seperti dodol, kerepek hinggalah ke lemang dan kerisik. Turut dibentangkan penggiat di bidang tekstil seperti Puan Azah Aziz (isteri Prof. Diraja Ungku Aziz) dan Encik Wan Yahya (penggiat, pengkaji seni tekstil, terutama sekali tengkolok). Senator Dato' Jins Shamsudin dan Abd. Razak Mohidin (Pengarah) juga membentangkan kertas kerja mengikut bidang masing-masing.
Itukah yang mengecewakan saya.
Bukan.
Yang paling mengecewakan dalam seminar ini ialah ketiadaan semangat, roh dan jati diri Melayu yang sebenarnya dalam diri hatta pengerusi dan apatah lagi juga pembentangnya. Saya bangun pada akhir sesi dan menyuarakan apa yang terbuku di hati.
Saya utarakan 2 pandangan :
1. Saya katakan kepada majlis bahawa seminar ini bernama Seminar Warisan Melayu. Tetapi semangat dan jati diri orang Melayu itu tidak ada dalam seminar ini. Sesetengah panel pembentang termasuk pengerusinya menyampaikan kertas kerja dalam bahasa yang rancu. Apa perlunya? Saya sarankan supaya mereka menggunaka bahasa yang baik, gramatis dan indah dalam menyampaikan kertas kerja mereka. (Nama-nama pembentang yang saya sebutkan di atas, tidak termasuk dalam kategori soalan saya, mereka menggunakan bahasa Melayu dengan baik)
2. Apabila bercakap tentang warisan Melayu, kenapa elemen sastera Melayu tidak dimasukkan ke dalam progam ini sedangkan sastera itu juga satu daripada produk minda Melayu yang wajar diambil kira.
Yang terjadi ialah mereka ini sekerat ikan sekerat belut. Apakah apabila produk warisan Melayu itu dikomersilkan, maka kertas kerjanya juga harus disampaikan dalam bahasa Melayu (15%) dan selebihnya dalam bahasa yang bukan bahasa kita.
Saya nyatakan bahawa saya kecewa. Soalnya, bukan saya tidak boleh faham apa yang diperkatakan ataupun ada orang lain yang tidak faham berbahasa Inggeris. Isunya ialah menghormati Bahasa Melayu itu sebagai bahasa kebangsaan dan harus malah wajib digunakan dalam majlis yang bersifat formal dan rasmi sebegini.
Oleh kerana terikut-ikut dengan cara panel pembentang, pengerusi sesi turut merakamkan penghargaan kepada panel dengan berkata, "Thank you, YB. so-and-so". Susah benarkah untuk berkata terima kasih hingga begitu sekali berlaku?
Kenapa mereka boleh berpakaian Melayu lengkap? Kalau wanita memakai baju kurung tidak pula dicampur aduk dengan sebelah atas baju kurung, bawahnya memakai jeans dan kemudiannya menggunakan selipar jepun. (Pun, Encik Wan Yahya menegur bahawa dalam Seminar Warisan Melayu ini berapa ramai lelaki yang datang berbaju Melayu.)
Saya tidak kisah kalau mereka mahu berbual dalam bahasa rancu, kerana kita semua berbahasa rancu dalam perbualan. (Rancu ertinya bahasa bercampur-campur, bahasa rojak). Kalau tak sekerat Inggeris sekerat Melayu, para ustaz juga bercakap sekerat Melayu sekerat Arab. Itu tak jadi soal, selagi kita tahu menyesuaikannya.
Jawab seorang panel : "Saya tahu, sayalah yang saudari maksudkan. Orang seni dan sastera memang akan berkata begitu. Tapi kita bercakap dalam konteks globalisasi. Orang Melayu tidak akan pergi jauh hingga ke peringkat global jika hanya bercakap Melayu. Sikap itu seperti katak di bawah tempurung. Seperti apa yang terjadi pada Bahasa Perancis, apabila dia membuang Bahasa Inggeris dalam Bahasa Perancis. Bahasanya semakin kurang global. Saya juga boleh bercakap bahasa Melayu sebaik saudari."
Dalam hati saya menjawab, kalau boleh bercakap bahasa Melayu sebaik saya mengapa tidak digunakan sewaktu pembentangan tadi. Hina betul dia melihat orang seperti saya yang dilabelkan sebagai orang seni dan sastera. Saya tidak bercakap dalam konteks global tetapi dalam konteks majlis ini. Yang diadakan di Shah Alam ini. 100% peratus pesertanya Melayu. Kalau pun ada bukan Melayu, pastinya orang Malaysia juga. Kalau tak faham Bahasa Melayu, baik usah tinggal di Malaysia.
Padahal panel ini juga yang mengatakan bahawa fakta menunjukkan orang Melayu sudah lama terlibat dalam bidang perniagaan dan perdagangan sejak daripada zaman Melaka lagi. Kalau masa panjang, saya mungkin akan menambah bahawa pada zaman tersebut, bahasa apa yang menjadi lingua franca. Kita semua tahu bukan?
Pengerusi dan seorang lagi panel menganggap ini sesuatu yang normal.
Sudah terbiasa rupa-rupanya. Bercakap dalam bahasa rancu hinggakan sampai ke majlis rasmi juga sudah tidak boleh membezakan bila waktu dia harus bercakap dalam Bahasa Melayu ataupun sebaliknya. Saya juga tidak kisah jika pembentang ingin membentangkan kertas kerja dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya, saya percaya tentu ramai juga boleh faham. Tetapi apa perlunya berbuat begitu, bukan?
Sebenarnya saya sekadar menguatkan semangat. Saya sendirian apabila berdiri di belakang mikrofon. Seram sejuk pun ada juga. Tetapi ini soal sesuatu yang perlu ditegur dengan berhikmah. Prinsip saya mudah. Berani kerana benar.
Saya tahu saya akan dihukum tembak oleh pandangan mata yang tidak berpuas hati apatah lagi mungkin tersinggung dengan apa yang saya nyatakan. Tak kurang juga yang akan tertanya-tanya siapakan perempuan ini yang begitu lantang mengkritik seorang YB, Dato', tokoh korporat dan seorang Prof Madya Datin (dari UiTM) di atas pentas. Biarpun cara yang saya sampaikan itu cara yang paling santun dan penuh budi bahasanya.
Jawapan yang diberikan itu sebenarnya sudah saya duga. Namun cara ia disampaikan dengan rasa tinggi diri, ego dan defensif membuat saya tambah kecewa. Begitu rupanya orang Melayu apabila ditegur? Sukar barangkali untuk meminta maaf dan menerima teguran dengan hati yang terbuka.
Rupa-rupanya saya tidak sendirian, selepas saya ajukan pandangan, seisi dewan gemuruh dengan tepukan. (Mungkin itu yang membuatkan panel rasa lebih tercabar). Selepas panel menjawab, dari belakang saya juga, muncul Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh.
Dia juga dengan penuh lemah lembut menyokong pendirian saya. Dia tidak memperkenalkan diri sebagai Sasterawan Negara sebaliknya menyatakan bahawa dia berasal dari Sastera Inggeris. "Saya mohon supaya kita berbahasa mengikut suasana yang sesuai. Kalau tuan-tuan ingin berbahasa Inggeris di London, New York atau pun Jepun, silakan. Itu memang tempat yang sesuai. Hatta mahu berbahasa Jepun di Jepun pun tidak mengapa. Tetapi apa kurangnya bahasa kita. Mungkin silap saya juga yang tidak kuat bersuara mempertahankan bahasa ini."
Prof Muhammad juga membalas kembali tentang komen panel mengenai Bahasa Perancis sewaktu memberi respon tentang cadangan saya. Katanya, Bahasa Perancis sebenarnya berkembang kerana penuturnya amat mempertahankan bahasa tersebut. Jika kita ke Perancis, kita tidak akan dilayan sekiranya tidak menggunakan bahasa mereka.
"Saya mohon supaya tuan-tuan tidak bercampur-campurkan bahasa. Bahasa Melayu kita semakin mati tuan-tuan. Jangan nanti sampai suatu masa, Bahasa Melayu itu mati dan terus ditalqinkan. Talqin itu pula dibacakan dalam Bahasa Inggeris!"
Tepukan gemuruh sekali lagi.
Tetapi kali ini tiada panel yang mahu menjawab. Alasannya kesuntukan masa. Pengerusi pun sekadar menjawab, "Insya-Allah." Majlis pun segera ditutup kerana VIP yang dijemput untuk majlis penutup telah lama menunggu. Apatah lagi apabila pengerusinya takut-takut untuk mengawal masa, mentang-mentanglah panelnya seorang ahli Yang Berhormat, tokoh korporat dan seorang lagi berstatus Dato'.
Saya tidak menolak Bahasa Inggeris apatah lagi menafikan peri pentingnya bahasa itu di peringkat antarabangsa. Namun fikirkanlah bahasa yang betul dan sesuaikanlah penggunaannya.
Oh, Melayuku masih terjajah mindanya!

Ulasan