Ahad, September 25, 2005

Ahad yang santai

Pagi minggu masih belum mencecah tengah hari. Bercadang untuk tidak buat kerja yang memeningkan pagi-pagi ini. Sarapan dua biji telor goreng bersama-sama dengan anak-anak. Minum milo panas.

Bezanya, kami tidak sarapan di dapur. Sengaja saya pilih bersarapan dalam khemah di depan beranda rumah. Baru-baru ini ketika singgah di Makro Seremban, ternampak sebuah khemah yang dijual dengan harga tak sampai RM50. Luas juga, boleh buat 5 - 6 orang dewasa tidur. (Tapi tidur kena lurus-lurus la!).

Saya bawa masuk kerusi-kerusi kecil mereka serta meja dan duduk sekali bersarapan sambil minum milo panas. Khemah yang bersepah-sepah itu saya kemaskan, sekadar menyusun dan siahkan mainan mereka ke tepi. Masing-masing seronok. Tidak lama kemudian, Atuk mereka pulang bawa tiga biji donat kegemaran. Angah pun ambil donat yang telah dikerat dan terus dicelup ke dalam air milo. Adik pun ikut sama. Along tak berminat, langsung meneruskan tontonan siri kartun kegemarannya.

Sesekali meneman anak-anak berkelah di laman rumah pun seronok juga. Maklumlah, ada Mama pun sibuk saja. Hari-hari pergi 'sekolah', kata anak-anak saya. Adakalanya terasa bersalah bila tinggalkan mereka setiap hari dalam tempoh yang agak lama. Namun, itulah pengorbanan saya kira. Juga satu ruang bagi mereka berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

Saya mahukan anak-anak saya punya sikap begitu. Susah juga banyak bergantung kepada orang lain. Melainkan, memang sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails