Ahad, September 25, 2005

Al-Fatihah...

Segugus Al-Fatihah buat mereka yang telah pulang ke rahmatullah terdahulu daripada kita.

1. Afrini Adham (Ahmad Arifffin) - Penyair, Tokoh Sasterawan Negeri Kedah. Terkenal dengan puisi patriotik Malaya Pasti Merdeka. Baca tulisan Kuseman tentang Almarhum Pak Afrini di Mingguan Malaysia hari ini. Almarhum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Alor Star pada 22 September 2005.

2. Cikgu Shaari Ismail - ayahanda kepada sahabat baik saya, Seri Rahayu Shaari. Ayahnya yang baru setahun bersara wajib pulang ke rahmat-Nya dengan mengejut dan meninggalkan seorang balu, dua orang puteri dan dua orang cucu. Almarhum meninggal dunia di Hospital Besar Seremban pada 16 September 2005.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails