Menghadap Selat Tebrau
Indah sekali pemandangan menghadap Selat Tebrau. Betapa air laut itu berjaya memisahkan politik, garis sempadan dan ideologi dua negara.
Hotel Eden Garden terletak betul-betul di tepi jeti ke Pulau Batam. Bagus juga hotelnya. Di sebelahnya ada shopping complex yang kononnya banyak barang-barang bebas cukai. Tetapi setelah saya rayau semalam, tiada apa yang membuat hati saya tergerak untuk membeli. Hajat di hati hendak juga mencari tas tangan yang sesuai, kalau boleh dari kulit yang dapat tahan lama dan jika harganya benar-benar bebas cukai, tentunya lebih murah daripada harga biasa. Namun tiada sytle yang saya ingini di sini.
Perjalanan Festival Sastera Kemerdekaan 2005 di bandar raya Johor Bahru berjalan lancar. Seperti yang saya catatkan dalam entri yang lalu, saya penuhi undangan pihak GAPENA dan Persatuan Penulis Johor serta Yayasan Warisan Johor untuk satu sesi bual bicara "Sejenak Bersama Sasterawan". Sesi dimulakan dengan Pak Arena Wati, kemudian saya, Khalid Saleh dan akhir sekali Zulkarnain Ithnain (penulis terkenal Johor - karyanya Tragedi Empat Disember, Nostalgia Padang).
Seronok mendengar bicara Pak Arena tentang kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan mengapa kemerdekaan tak berdarah ini harus dihargai. Saya kagum dengan cara Pak Arena membuat kajian sebelum menulis apa-apa karya. Lantas dalam sesi soal jawab, saya tanyakan apa rahsia Pak Arena mempunyai stamina menulis sepanjang malam (kerana katanya dia mula menulis sejak selepas Isya' hinggalah ke Subuh, selepas subuh dia akan tidur hingga jam 11.00 pagi).
Jawabnya, minum air susu tepung, campur 2 camca besar madu lebah dan taruh 2 biji telur ayam. Insya-Allah, akan dapat tenaga untuk berkarya.
Tentu sahaja jawapan tersebut menjawab persoalan tentang stamina secara fizikal. Namun bagi stamina minda saya percaya beliau membuat persediaan yang sangat lama lagi matang. Seperti mana penulis-penulis besar yang lain, membaca dengan teliti atau study reading adalah sesuatu yang wajib baginya apabila dia tidak menulis. Novel Trilogi Armageddon ditulis dalam masa yang singkat, tetapi persediaan untuk menulis novel tersebut mengambil masa 3 dekad! Itu yang dimaklumkan kepada kami semua sewaktu di Dewan NPC, Bandar Baru Uda, Johor Bahru - tempat acara kami berlangsung.
Saya kali ini tidak banyak bercakap. Hanya 1/2 jam sahaja diperuntukkan untuk saya. Barangkali benar telahan saya sebelum ini, bahawa saya sekadar pengganti kepada penulis lain. Khabarnya penulis muda juga tetapi tidak mengapalah. Demi kelangsungan sastera, saya teruskan juga. Adakalanya bercakap dalam jangka masa yang pendek itu lebih berkesan daripada berucap berjela-jela dan membosankan khalayak.
Saya galakkan pelajar agar berani menghantar karya untuk diterbitkan di majalah dan akhbar. Tiada gunanya menulis kalau karya itu tidak dapat dimanfaatkan oleh pembaca. Tiada komunikasi yang berkesan berlaku di situ. Ibarat, kalau kemenyan sebesar lutut...
Hmm... saya suka guna peribahasa itu kalau saya beri ceramah di mana-mana. Namun, saya masih lagi mencari seseorang (pelajar) yang boleh memberi jawapan dengan spontan, segera dan seolah-olah yang benar-benar tahu jawapannya. Sayangnya, setakat ini tiada yang boleh berikan jawapan yang tepat walaupun saya tawarkan ganjaran hadiah (buku sayalah, apa lagi?) Pun, hadiah yang ditawarkan masih tersimpan dengan baik. Belum ada pemenangnya.
Ada yang mahu habiskan peribahasa itu?

Ulasan