Ahad, September 25, 2005

Nisah Masih Lagi Pengkhianat

Respon-respon dari beberapa blog lain tentang Reaksi Faisal Tehrani.
Nisah masih lagi seorang pengkhianat?

Baca komen : Kata Faisal Tehrani: Nisah Haron pengkhianat semangat merdeka! September 10, 2005

Saya masih lagi boleh menerima reaksi Faisal tentang tulisan saya. Apatah lagi apabila ditulis dan dibaca oleh lingkaran penulis, pembaca dan penikmat sastera yang dewasa (dan seharusnya matang). Tetapi apabila tulisan yang hampir sama dikirimkan oleh Faisal ke majalah untuk pelajar sekolah, saya keliru dengan motif beliau sendiri.

Sesekali terfikir juga : Tak perlulah mengibarkan bendera patriotisme itu dengan menginjak orang lain. Tulisan di wadah-wadah secara bersiri tentunya berbayar. Saya tak fikir beliau terlalu terdesak untuk menulis sesuatu hingga melupakan garis-garis persahabatan yang selama ini murni. Ataukah, saya sahaja yang selama ini sentiasa cuba berlaku jujur dalam persahabatan.

Tulisan-tulisan yang berbau ke arah merendahkan reputasi seseorang mempunyai kesan secara legal. Ini juga bererti hak seseorang itu telah ditidakkan. Syor saya, kita perlu berhati-hati dalam sebarang aspek penulisan, begitu juga tulisan dalam blog.

Hmm... di mana pula saya letakkan Defamation Act yang sudah berhabuk itu...?

1 ulasan:

z4cque berkata...

Lupakan tentang penulis yang taksub dengan diri dan 'ilmu' sendiri itu...
Ganbatte!!

Related Posts with Thumbnails