Anugerah Sastera Negeri Sembilan
Khabarnya, Anugerah Sastera Negeri Sembilan (ASNS) 2005 akan diumumkan selepas Raya!
Menurut sumber, keputusan sudah berada di tangan panel. Namun, ia masih sulit dan belum masanya untuk diumumkan.
Peribadi, saya melihat kesungguhan Ketua Satu PEN, Agus Salim dan Setiausaha Satu, Puan Mahaya menghadapi segala rintangan dan cabaran agar ASNS ini menjadi realiti. ASNS punya sejarah yang getir. Pada peringkat awalnya, DBP (di bawah Dato' A. Aziz Deraman) tidak ada masalah langsung menyokong anugerah ini. Tetapi ketika itu, kerajaan negeri pula punya masalah. Tidak menimbangkan langsung hal-hal mengenai sastera di peringkat negeri (walaupun dia sendiri bekas guru dan punya Ijazah dalam Pengajian Melayu). Memang sangat mendukacitakan...
Kemudian, apabila pucuk pimpinan bertukar, PEN sekali lagi mendapat sokongan apabila menghantar semula kertas kerja ASNS. MB baru, walaupun tokoh korporat, amat prihatin dengan kami penulis. Masih ingat lagi, kata-katanya, "Saya tak terbuat semuanya. PEN buatlah, saya sokong."
Kata-kata itu kami jadikan azimat. (Meskipun, ia mungkin sahaja kata-kata orang politik). Kami teruskan usaha itu. Entah berapa kali Kak Mahaya bertungkus lumus menyiap, meminda, mengedit kertas kerja ASNS supaya tiada masalah dengan bajet. Apatah lagi, kami tahu pada peringkat awal lagi DBP telah menyatakan sokongan. Kami taklah risau sangat.
Namun, sokong lain pula yang membawa rebah. DBP pada saat-saat akhir menolak permohonan bajet untuk menaja Hadiah. Di bawah pentadbiran Pengarah baru, hal-hal sastera negeri tidak lagi mendapat sokongan DBP. Kami hampir-hampir tumbang. Mampukah kerajaan negeri mengambil alih semuanya?
DBP tidak lagi rakan kongsi ASNS walaupun DBPlah yang diharapkan menjadi tunjangnya. Apapun, kami tetap berterima kasih kepada pegawai-pegawainya yang masih lagi berusaha untuk merayu pada pihak pengurusan. Namun keputusannya sudah seperti paku yang terlekat di papan.
Biarlah apa pun cabarannya, alhamdulillah, ASNS dapat dilaksanakan tidak lama lagi.
Peribadi juga, bukan hadiah yang saya harapkan untuk diri saya. Namun, ia lebih kepada pengiktirafan di peringkat Negeri terhadap pejuang-pejuang kesusasteraan Melayu yang ada di Negeri Sembilan. Biarpun Almarhum Dharmawijaya (misalnya) sudah meninggalkan kita, saya benar-benar berharap panel dapat menimbang agar beliau turut diberi anugerah yang selayaknya kerana mengikut syarat, karya mestilah tersiar mulai tahun 1990 - 2004. Arwah masih ada pada ketika itu.
Nama-nama besar seperti A Latiff Mohidin, Mahaya Mohd Yassin, Mohd Ghazali Tocheh, Ali Majod, Ramli Isin, Rosnah Baharuddin dan Zakaria Ali (sekadar menyebut beberapa nama) sudah selayaknya diiktiraf oleh Negeri. Jangan sampai mereka ini tidak mengaku diri orang NS kerana 'merajuk' apabila Negeri mengabaikan mereka.
Mungkin ASNS tidak mampu menandingi Hadiah Sastera Darul Takzim ataupun mana-mana hadiah sastera negeri yang lain. Namun, inilah satu permulaan. Setiap sesuatu harus bermula di mana-mana. Semoga inilah permulaan yang baik dan tidak menoleh ke belakang lagi.

Ulasan