Bengkel Penulisan PEN

Di bawah panji-panji Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), saya ingin mencadangkan (dan melihat respons) supaya diadakan satu bengkel penulisan.

Rasa macam dah lama tak diadakan sesi muzakarah ataupun bincang-bincang karya sesama penulis. Tetapi sebelum saya uruskan majlis kecil ini, saya ingin melihat kecenderungan peserta. Kalau tak ramai yang berminat, saya akan buat kecil-kecilan sahaja.

Pun, saya fikir, tak boleh melebihi 15 orang. Paling ideal 8 -10 orang sahaja. Kalau ramai, mungkin perlu buat 2 sesi berasingan.

Syarat-syarat :

  1. Mesti ada karya yang akan dibincangkan
  2. Semua peserta setara. Tiada siapa yang lebih tinggi/rendah daripada peserta lain.
  3. Kalau boleh setiap peserta kena ada e-mel supaya dapat e-mel pada peserta lain. (Tak la teruk nak fotostat untuk setiap orang kan? Masing-masing kena print cerpen orang lain untuk dibawa bersama)
  4. Bayaran akan ditentukan. Rasanya tak tinggi mana, hanya untuk makan minum dan sewa tempat (kalau boleh akan cari tempat yang tak perlu kena bayaran)
  5. Penyertaan terbuka kepada semua penulis berbahasa Melayu. Tak kira dari NS ataupun luar NS.
  6. Genre - Cerpen
  7. Semua peserta mesti telah membaca karya peserta lain sebelum hadir ke bengkel tersebut supaya tak perlu buang masa buat sesi membaca cerpen dalam bengkel.
Itu baru syarat-syarat cadangan. Kalau ada yang nak ditambah sila gunakan butang comment di bawah.

Saya fikir elok diadakan sekitar pertengahan November ataupun awal Disember. Pada 18 November 2005 (Jumaat) insya-Allah, akan berlangsung Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Khabarnya pada sebelah malam. Tak tahulah, kalau masih sempat untuk berbengkel pada esoknya (19 November) takut masih letih menguruskan acara. Ataupun pada hari Ahadnya 20 November.

Apa pun, saya buka kepada sesiapa yang berminat untuk mengemukakan tarikh. Tempat yang saya cadangkan ada 2 : sama ada di Perpustakaan Awam NS ataupun di Jabatan Kebudayaan NS.

Sebarang maklumat ataupun saranan boleh juga diemel kepada saya : nisah.haron@gmail.com ataupun annyss@hotmail.com

Ulasan

Catatan Popular