Malang Tidak Berbau
Sudah beberapa hari saya tangguhkan posting ini dengan sengaja. Saya masih terkejut dan terharu dengan kejadian yang berlaku.
Ahad lepas (9 Oktober 2005) Kak Mahaya, Cikgu Salim (suaminya) dan dua orang anaknya (Hata & Syukri) terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Khabarnya, mereka sekeluarga hendak menziarahi bapa Kak Mahaya di rumah kakaknya di Cheras. Kejadian berlaku di bawah overhead Nilai (Lebuh Raya Utara - Selatan).
Kereta mereka dirempuh sebuah lori yang memotong di lorong paling kanan. Sudahlah memotong, menghimpit pula. Akibatnya kereta mereka terdorong ke tepi langsung terbalik. Kak Mahaya dan Cikgu Salim (duduk di bahagian belakang) tercampak keluar dari kereta. Anak lelakinya yang memandu (Hata) cedera ringan dan anaknya yang seorang lagi dirawat sebagai pesakit luar.
Sehingga semalam, ketika kami melawati mereka, Cikgu Salim masih belum sedar. Kak Mahaya sudah dibenarkan pulang. Kaki kanannya patah tetapi boleh berehat di rumah kini. Menurut Kak Mahaya, setelah kejadian berlaku mereka semua tidak sedarkan diri.
Paling mengharukan, kami turut mengiringi Kak Mahaya ke wad 3A tempat Cikgu Salim dirawat. Saya percaya, itu kali pertama Kak Mahaya bertemu dengan suaminya selepas kejadian. Kali terakhir, Cikgu Salim berbaring di atas pangkunya sewaktu di dalam kereta. Sukar juga untuk saya menahan perasaan ketika itu. Air mata isteri mana yang tidak akan tumpah melihat keadaan suaminya yang sebelum ini mampu tersenyum dan ketawa.
Saya melihat bagaimana sebelum ini, Kak Mahaya setia di sisi suaminya yang bertarung dengan penyakitnya. Dari satu Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital USM Kubang Krian hinggalah Hospital Seremban, Kak Mahaya akan tetap menemani suaminya. Dialah lambang isteri setia yang meninggalkan segala-galanya untuk berada di sisi suami. Saya fikir, saya faham apa yang sedang dialaminya kini. Dulu, dia boleh sahaja menemani suaminya. Hatta, pernah Kak Mahaya bercuti 2 bulan tanpa gaji untuk menemani suaminya di HBKL. Tetapi kini, ada kekangan yang menghalangnya. Tentu dia merasa terkilan.
Mujur, mereka berdua dikurniakan 4 orang putera dan seorang puteri yang bergilir-gilir menjaga orang tua mereka. 3 daripada puteranya pun telah berumahtangga. Terkini, Kak Mahaya baru sahaja menimang cucu perempuan pertama. Sebelum ini Shazmee Rizal (juga penulis, MPR 1991) punya 3 orang anak lelaki yang menjadikan cucu Kak Mahaya 4 orang kini.
Dugaan demi dugaan menimpa wanita tabah ini. Ketika suaminya menjalani pembedahan sewaktu di Hospital Besar Kuala Lumpur, ibu Kak Mahaya pula pulang ke rahmatullah pada hari yang sama. Bayangkan perasaannya yang saya kira bukan lagi terhiris, malah terbelah dua. Di satu sisi, suaminya sedang bertarung nyawa, di tempat lain ibunya pula pergi meninggalkannya buat selama-lama. Sebelum ini, ibu dan ayahnya tinggal bersama-sama dengan Kak Mahaya di Seremban. Tetapi setelah Cikgu Salim sakit-sakit, kakak dan abang Kak Mahaya pula mengambil alih tugas tersebut.
Sesungguhnya saya kagum dengan keluarga mereka. Seringkali didatangi ujian dan dugaan tetapi mereka, terutamanya anak-anak telah dilatih menghadapinya dengan tenang. Anak-anak mereka berjaya dan seimbang kehidupan mereka. Sopan santun memang sudah menjadi trademark keluarga ini.
Kali terakhir saya bertemu dengan Kak Mahaya ialah ketika menemani beliau dan anaknya Adib Syukri, menerima Anugerah Pelajar Terbaik seluruh sekolah teknik Malaysia. Hanya ada tiga orang penerima sahaja untuk anugerah ini dan Syukri mendapat tempat pertama. Selepas itu, dia kembali dengan rutin menjaga Cikgu di hospital dan saya kembali dengan kuliah dan tugasan yang tak henti-henti menuntut perhatian.
Ketika menerima sms daripada anaknya tentang kejadian malang itu, saya terkedu dan sesekali merasa bersalah kerana tidak dapat menyudahkan tugasan lebih awal untuk menziarahi.
Mudah-mudahan mereka semua cepat sempuh dan kita doakan bersama-sama agar mereka semua terus dilindungi Tuhan.
Kak Mahaya & Cikgu Agus Salim
Dipetik daripada buku "Kenangan Mengusik Jiwa: Nostalgia Buat Mahaya Mohd Yassin"
2003

Ulasan