Berbengkel di Kompleks Beli Belah
20 November lalu, seusai Anugerah Sastera NS, PEN tidak berhenti rehat. Sebaliknya, kami terus mengambil momentum yang masih ada dengan meneruskan Bengkel Penulisan Cerpen 2005. Alhamdulillah, 12 peserta yang berjanji untuk hadir selamat tiba. Walaupun ada yang sesat barat dan sesat timur, mencari pintu masuk khas untuk pelawat yang tiba sebelum jam 10 pagi di situ. Saya sebagai wakil penganjur memohon maaf, atas sebarang ketidakselesaan sepanjang bengkel tersebut berlangsung.
Lihat gambar-gambar bengkel di sini.
Seperti mana entri yang lalu, kesemua peserta datang dengan cerpen yang dijanjikan. Sebahagian besarnya dapat membaca karya peserta lain sebelum hadir. Tetapi ada juga tidak sempat berbuat demikian. Walau bagaimanapun, kesemua karya dapat dibedah dalam masa yang ditetapkan.
Majlis berlangsung dalam suasana ceria, santai dan paling penting, semuanya dapat menerima teguran dengan perasaan terbuka (harapnya). Paling saya gerun ketika menjalankan bengkel begini, ialah peserta yang menjadi mangsa keadaan. Saya paling tidak mahu ada peserta yang 'terbunuh' dalam bengkel penulisan begini.
Dalam kita ghairah mahu memperbaiki dan memberi komen terhadap karya orang lain, adakalanya kita benar-benar menyentuh sudut nubari penulisnya yang paling halus. Selepas mendengar komen tersebut, penulis pun mengambil keputusan untuk tidak menulis lagi. Alangkah malangnya!
Saya benar-benar berharap, selepas bengkel tersebut semua penulis merasa teruja, mendapat motivasi dan semakit bersemangat untuk menghasilkan karya.
Terima kasih juga kepada Mawar Shafei yang sempat singgah dan menumpahkan idea serta pendapat terhadap beberapa karya yang sempat disemaknya, walaupun masa yang diberikan kepada beliau agak singkat. Menurut Mawar, kumpulan peserta bengkel kali ini mempunyai kekuatan gaya bahasa berbanding beberapa kumpulan yang pernah dibimbingnya. Itulah kelebihan kumpulan ini.
Tidak ketinggalan, beliau memberikan beberapa pandangan beliau terhadap karya sastera, karya picisan dan ciri-ciri sebuah cerpen yang baik.
Selepas bengkel, beliau turut mencadangkan supaya bengkel begini harus dijalankan berkala dan mungkin tempat bengkel boleh dibuat di luar, misalnya tepi air terjun, taman bunga ataupun mana-mana tempat rekreasi yang sesuai. Asalkan tempat itu tidak mengganggu fokus peserta dan masih dalam keadaan yang santai.
Idea yang baik. Sekurang-kurangnya boleh jimat kos tempat. Buat bengkel bawah pokok pun o.k. juga asalkan tak hujan.
Pendapat pembaca lain, bagaimana?

Ulasan