Kunjungan Hari Raya
Alhamdulillah, hari ini dikunjungi teman-teman penulis dan keluarga masing-masing.
Kunjungan dimulai oleh A. Latip Talib, isteri dan anak gadisnya. Hampir serentak, Mawar Shafei dan suami juga tiba. Dapatlah mereka menghadap hidangan sama semeja. Bagi Encik Latip, katanya, ini kali pertama bersua wajah dengan Mawar. Selama ini hanya pernah berkenalan pada nama sahaja. Maklumlah, penulis cepat benar mesranya apabila dah kenal nama. Selebihnya reputasi dalam dunia penulisan akan memesrakan suasana.
Mawar pula datang membawa kek hari lahir untuk anak kedua saya, Suhaila. Tapi tak sempat nak dipotong ketika itu juga.
Pulang, Latip dan Mawar, teman yang menemani saya sepanjang jalan ke Tg. Piai dulu, Puan Rozita Latif pula datang bersama-sama suami dan 3 orang putera puterinya. Mereka pun singgah tak berapa lama kerana banyak lagi rumah yang akan dikunjungi. Anak sulungnya begitu menggemari spaghetti ala Jiboi yang sempat saya sediakan sebelum tengah hari.
Oleh kerana Rozita datang dengan 3 orang anak, sengaja kami ambil kesempatan untuk potong kek dan ambil gambar bersama-sama. Anak-anak itu punyalah seronok apabila ada kek coklat dan ada patung garfield dan macam-macam lagi di atas kek. Terima kasih, Mawar. Seronok benar-benar mereka.
Pun, saya sengaja tidak memperkenalkan sangat pada anak-anak tentang sambutan hari lahir. Selama sejarah dalam keluarga saya mahupun suami, hari lahir hanya diingati dengan cara yang tersendiri. Tiada acara tiup-tiup lilin ataupun menyanyikan lagu hari lahir. Itu bukan cara kami. Jadi, paling tidak pun, saya hanya buat kek sendiri (biasanya moist chocolate cake) dan kami makan bersama-sama. Kalau adapun, ucapan selamat daripada semua yang ada. Hadiah pun kami tidak biasakan juga.
Pulang Rozita, Nazmi pula sesat di Bandar Seremban. Suami saya pergi menjemput mereka di sana. Jalan ke Ampangan ni memang tak semudah disangka. Tiada papan tanda dari Seremban yang bertulis "Ampangan". Kalau mahu ke Ampangan, mesti cari tanda arah ke Kuala Pilah. Pasti akan lalu Ampangan. Apabila Nazmi cuba cari papan tanda Ampagan, dia pun terlangsung hingga ke penghujung bandar.
Nazmi dan isterinya yang manis, pertama kali saya temui sebagai pasangan suami isteri. Kalau ada pun sebelum ini jumpa Nazmi sahaja ketika menjalankan tugas rasminya, sebagai wartawan Sastera dan Budaya, Berita Harian. Kami sembang-sembang seputar penulisan dan karya-karya kami yang tertangguh atas pelbagai alasan. Saling cabar-mencabar supaya menyudahkan sebuah karya setidak-tidaknya untuk tahun ini. Insya-Allah, cabaran sama-sama disambut.
Sepatutnya, Sharifah Salha dan Amiza Khusyri juga sepatutnya turut hadir. Tetapi oleh sebab sudah ada janji ditempat lain mereka tidak dapat menyertai kunjungan kali ini. Bagi saya, kalau nak datang, cuma telefon awal sikit. Dapatlah saya sediakan apa-apa yang patut. Jika tidak, mungkin saya dan keluarga pula yang keluar beraya ataupun hanya makan biskut raya saja :)
Terima kasih pada teman-teman yang berkesempatan dan sudi hadir ke teratak saya.

Ulasan