Mentaliti 'sahaja'
Sedar tak berapa ramai orang Melayu yang gemar menggunakan perkataan 'sahaja'. Contohnya:
Daripada contoh-contoh ayat di atas, pelaku merasakan bahawa dia itu sekadar seorang guru. Tiada apa yang istimewa menjadi guru dan seolah-olah tidak bercita-cita untuk meningkatkan kebolehan dirinya.
Begitu juga dengan sikap sesetengah pelajar alirah sastera yang merasa rendah diri kerana menjurus dalam aliran ini. Mereka telah mengehadkan kebolehan diri, membina tembok halimunan bahawa mereka ini tidaklah sehebat pelajar aliran lain.
Inilah kekurangan apabila perkataan 'sahaja' digunakan pada tempat yang tidak wajar. Saya percaya, tempat yang paling tepat untuk menggunakan perkataan 'sahaja' ialah sewaktu menulis cek - Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus Enam Puluh Tiga dan Sen Sembilan Puluh Sembilan Sahaja.
Ertinya jumlah wang yang tepat, tidak lebih dan tidak kurang daripada RM1,563-99. Fungsi 'sahaja' amat memainkan peranan.
Tetapi sikap sesetengah individu yang berhasrat tidak mahu menunjuk-nunjuk (kerana mereka percaya apa yang ada dalam dirinya itu tiada apa yang boleh dibanggakan), akhirnya menjadi sifat yang negatif. Saya tidaklah berhasrat dan menggesa semua orang menjadi manusia yang bongkak, sombong apatah lagi riak dan bermegah-megah.
Ada bezanya antara bermegah dengan bangga. Bermegah itu sikap yang negatif tetapi bangga tidak begitu. Bangga satu rangsangan positif dalam diri. Berbanggalah menjadi orang Melayu, misalnya. Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia. Tentu berbeza dengan bermegahlah menjadi orang Melayu, bukan?
Mulai hari ini, mari kita ubah paradigma ini. Katakan apa sahaja tanpa meletakkan perkataan 'sahaja' pada tempat yang tidak wajar.
Berbangga dan bersyukurlah dengan apa yang ada.
Bagaimana fikiran anda semua?
- Saya ni guru sahaja
- Saya pelajar aliran sastera sahaja
- Saya penulis sahaja.

- Saya guru.
- Saya pelajar aliran sastera.
- Saya penulis.
- Saya suri rumah.
- Saya ibu kepada sembilan orang anak.

Ulasan