Ahad, Februari 26, 2006

Dialog Sasterawan Negeri Sembilan 1

Susulan daripada Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 (ASNS 2005), Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dengan kerjasama Maktab Perguruan Raja Melewar akan menganjurkan Dialog Sasterawan Negeri 1 pada ketetapan yang berikut :

  • Tarikh : 4 Mac 2006 (Sabtu)
  • Masa : 8.30 pagi
  • Tempat : Balai Ilmu, Maktab Perguruan Raja Melewar, Jalan Sikamat, Seremban.
  • Panel :
    • Dr. Ramli Isin (Tokoh Esei/Kritikan Sastera ASNS 2005)
    • Dr. Anuar Nor Arai (Tokoh Drama ASNS 2005)
    • Pengerusi - Mohd Zulkifli Mohd Nor (Johan Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan Peringkat NS)
Dialog ini diadakan sempena Mesyuarat Agung PEN ke 29. Tahun ini ialah tahun pemilihan ahli jawatankuasa yang baru. Jadi kepada semua ahli PEN khasnya, dijemput hadir ke majlis ini. Selain daripada mendapat ilmu dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh, inilah masa untuk menggunakan 'kuasa' menentukan kepimpinan PEN untuk 2 tahun yang akan datang.

Buku Karisma PEN: Biografi Penulis Negeri Sembilan yang telah dilancarkan semasa ASNS 2005 oleh YAB Menteri Besar, juga akan dijual dalam majlis ini. Penulis yang namanya tersenarai dalam Karisma PEN akan menerima naskhah percuma pada hari tersebut.

Kepada penulis yang namanya tidak tersenarai untuk edisi ini, masih boleh membeli buku Karisma PEN dengan harga istimewa RM15 sahaja. Jika masih juga tidak berkesempatan, buku ini masih boleh dibeli dari Ujana Ilmu.

Peminat sastera, pencinta ilmu, penikmat buku dipersilakan hadir ke majlis ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 06-6778 359 (Setiausaha 1 PEN)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails